CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 13, 2017

LELAKI DINGIN PROLOG



Di luar, 
Kehidupan masih panjang. 
Nafasku, 
Jiwaku, 
Masih ada yang kurang. 
Aku kesepian, 
Bila malam  terundang, bila siang menghilang, 
Sakitnya rindu pergi dan datang.
❄❄❄❄❄
AKU pandang wajah lelaki itu lama. Matanya, renungannya, redup menyentak dada. Dia sedih, dia marah, atau dia sedang sakit, aku langsung tak dapat membaca perasaannya. Cintakah dia padaku? Jiwa berbisik dalam.
“Nal,” 
“Hmm?” Dia menyahut sepi. 
“Saya minta maaf.” 
Dia mengangguk kecil menyentuh hujung jariku. 
“Saya pentingkan diri...”
Dia tidak membalas. Mataku kembali berkaca. Ya ALLAH, aku terlalu pentingkan diri untuk dia. Lelaki yang begini telus aku tidakkan haknya! 
“Tidurlah, awak sakit lagi,” bisiknya lembut bila nampak air mataku jatuh ke hujung mata.
“Saya rasa bersalah sangat...” Suaraku hampir-hampir tenggelam. 
“Tidurlah, jangan fikir banyak.”
“Nal...” rintihku dalam. Dia akhirnya mendekatkan wajahnya denganku.
“Saya cintakan awak, Riah.” Luahnya lembut membuat jiwaku terusik dalam. Lega! Sungguh-sungguh aku lega mendengar kata-kata itu buat kesekian kalinya. Wajahnya, senyumannya, semua tentang dia tidak pernah membuat aku gagal dari jatuh kasih padanya. Tak pernah!
Jiwaku berbunga awan, lebat. Aku membalas hangat genggaman tangannya...


0 Komen untuk Cik Rin: