CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 5, 2017

JODOH on Raya! Part 5 - TAMAT-




Dari tadi dia ke hulu ke hilir keresahan. Aku yang jaga Aidid ni makin serabut tengok langkah Syafiqi.
“Kenapa bang?”
Haa…. Jangan tak tahu lepas setahun lebih lembut juga lidahku panggil dia dengan panggilan abang. Tu pun lepas ibu tegur berkali-kali. Dia lagilah, macam kena sampuk aje bila pertama kali aku sebut abang kat mulut. Siap korek telinga dua tiga kali sebab tak percaya.
“Biar abang je pegang Aidid. Mun pergilah iron baju dulu. Dah nak pergi ni…” Dia jeling jam.
“Abang jaga Aidid?” Aku soal bagai tak percaya. Pelik bin ajaib lagi ganjil gila. Setahu aku sejak Aidid umur dua hari, Syafiqi memang tak nak pegang budak ni. Dah tiga bulan pun Aidid lahir tapi dia orang berdua masih lagi tak rapat.
“Kalau macam tu okey..” Aku memang nak hubungan anak dan bapa jadi rapat. Biarlah kali ini Syafiqi diberi peluang untuk menjaga Aidid pula.
Syafiqi mendekatiku dan memerhati Aidid yang hampir tertidur dalam pelukanku. Dia mengangguk macam yakin aje boleh jaga budak ni dengan baik.
Aku bangun pelan lepas letak Aidid atas tilam dia.
“Jangan bagi dia menangis pula. Tadi dia baru aje berhenti nangis.” Aku bisik kat tepi telinga Syafiqi.
Memanglah kami ni jadi ibu bapa buat kali yang pertama, faham juga la bila Syafiqi sangat takut nak pegang baby.
Senyuman melebar ke pipi melihat Aidid dan Syafiqi dari depan pintu sebelum keluar bilik tu. Bangga meresap ke dalam diri. Siapa sangka dalam masa dekat dua tahun ni aku ada pencapaian besar… Dapat dua lelaki dalam hidupku dalam masa yang singkat dan dua-duanya adalah buah hati pengarang jantung yang paling kusayang.
Awalnya susah juga terima Syafiqi dalam hidup dengan perangai tak guna dia yang hobinya mengusik dan membahan setiap masa.
Tapi lama-lama rasa sayang tu timbul juga dan agak bodoh juga mula-mula nak ekspresikan rasa sayangku padanya bila Syafiqi asyik buat kerja menyakitkan hati contohnya gelakkan aku bila aku pakai baju seksi. 
Sedang baru nak tunggu iron panas untuk gosok baju, tiba-tiba suara Aidid menangis kedengaran. Kuat pula tu. Apa yang Syafiqi dah buat kat budak tu sampai menangis macam ni sekali?
Aku terus berlari ke arah bilik Aidid dengan langkah berterabur.
“Kenapa? Kenapa?” tanyaku panik. Muka Syafiqi dah pucat pandang aku dan dia berdiri kat tepi dinding jauh dari Aidid. Sepatutnya dia pergi pujuk Aidid tapi dia jadi patung pula kat dinding. Macam nak lempang pun ada tapi dia suami ye kawan-kawan. Tak baik berkasar dengan imam keluarga!
Aku terus ambil Aidid dan pujuk dia supaya berhenti menangis. Bila toleh ke belakang, Aidid dah hilang dari pandangan. Fobia dengan baby ke Syafiqi ni? Aku langsung tak boleh minta tolong kat dia untuk jaga baby dan kalau beginilah perangai dia sampai Aidid besar, aku tak boleh bayangkan apa yang akan jadi. Serius sedih sampailah terhidu kain terbakar.
“Abang, iron tolong tutup!” Aku jerit kuat-kuat sampai Aidid yang baru terlelap tu terjaga.
“Sorry sayang… Ibu tak marah.. Syhhhh… Syhhh..” Aku tidurkan Aidid lagi.
Dalam kepala dah terbayang baju yang baru kupakai 2 kali hadiah dari Syafiqi bulan lepas tu berlubang tengah kat dada. Sedihnya…

SEJAK dari kejadian aku marah kat dia pagi tadi, Syafiqi lesap dengan kereta dia sekali. Merajuk ke apa dia? Rancangan kami untuk ke rumah mertuaku hari ni terbatal macam tu aje. Syafiqi punya pasal.
Terus aku mesej kat mak Syafiqi yang kami tak jadi turun ke rumah mereka sebab Aidid meragam tiba-tiba. Tapi memang Aidid meragam pun.
‘Abang kat mana? Penatlah jaga Aidid… Makan tengah hari pun tak sempat lagi ni, lapar gila…’ Aku taruk smiley crying kat hujung mesej. Sungguhlah Syafiqi ni, sampai hati betul tinggalkan kami dari pagi sampai dekat pukul 3 petang. Aku tak boleh nak tinggallkan Aidid sebab dia asyik jaga dan bermain. Asal aku hilang seminit dari bilik mulalah bunyi Aidid menangis melalak. Tinggal makan roti aje sebab nak survive dari rasa lapar yang tak terhingga. Mujurlah roti sandwich kelmarin ada lagi.
‘Kejap lagi, abang ada hal ni.’
Wajahku berkeriut seribu bila baca mesej balasan Syafiqi. Kali pertamalah aku rasa dia tak bertimbang rasa. Selama ni walaupun dia selalu mengusik dan menyakitkan hati, dia memang menjaga kebajikanku tak kira apa yang berlaku. Masa aku baru lepas bersalin dia jaga bagai menatang minyak yang penuh. Takkan baru nak dua tahun kahwin dia dah berubah hati kut?
Memang la hati perempuan ni penuh syak wasangka, kan? Aku kesal juga dengan diri sendiri yang mula fikir perkara bukan-bukan. Siap membayangkan Syafiqi ada perempuan lain la kat luar sana. Tapi siapa nak dia tu kecuali aku? Muka kalau nak dibandingkan dengan beruk, bulu beruk pun pendek lagi dari jambang dia.
Aku tepuk dahi sendiri bila tersedar hati berbisik perkara jahat.
Sampai bilalah aku nak mengutuk penampilan dia. Bukan aku tak terima dia dalam keadaan yang macam tu. Aku pun dah sayangkan dia lebih dari diri sendiri kat dunia ni.
Syafiqi punya pilihan untuk membuang jambang dan memotong rambut tapi dia selesa dengan style sekarang ni. Sepatutnya aku reda dan terima kelebihan dan kekurangan dia. Tak baik betul asyik pandang rendah dengan penampilannya sedangkan aku sendiri bukan perfect mana.
Tapi kan…
Dia tak balik-balik lagi ni kenapa?
Aidid terlelap dan aku pun hela nafas lega. Laju kaki melangkah ke arah dapur. Masak telur goreng dan taruk kicap manis dekat nasi dah memadai. Sedap juga tu. 
Aku angkat pinggan ke bilik semula bila dah siap masak. Tapi langkah terhenti sebab terkejut bila ada lelaki yang aku tak kenal tengah duduk menghadap Aidid.
Aik, beraninya orang ni masuk rumah walau tak dipelawa. Dah la tak dengar sesiapa ketuk pintu rumah tadi…
“Siapa?” Keningku bertaut rapat. Lupa kepala ni tak bertudung berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram.
Lelaki tu pandang ke arahku dengan senyuman lebar.
Baru sedar mata Aidid dah bulat besar dekat tilam nipis dia.
“Awak siapa?” Aku tanya lagi. Tak tahu nak buat apa. Nak lari ambil tudung atau nak ambil Aidid dan bawa keluar dari situ. Aku langsung tak kenal pun dengan mamat ni!
Jantung mula bereaksi. Berdebar-debar dan rasa cemas mengejarku.
Tak salah, tadi pintu utama rumah ku kunci bila Syafiqi kata nak keluar sekejap. Dan misteri lelaki ni masuk ke rumah membuatkan otakku mula berfikiran negatif.
“Macam mana boleh masuk ke sini? Suami saya tak ada kat rumah, boleh tak awak tunggu kat luar.” Aku anggap dia ni kawan Syafiqi walaupun separuh jiwaku berbisik lelaki ni berniat jahat kepada kami. Walau pakaian dan muka dia tak nampak jahat, tapi kita tak akan pasti niat orang lain kat dalam hati.
“Mun…”
Aku bulatkan mata. Macam mana dia boleh panggil aku dengan suara tu?
Aku toleh ke kiri..
Ke kanan..
Ke belakang…
Dan ke depan balik. Cuma dia aje kat situ dan aku sangat pasti suara tadi mirip sangat dengan suara Syafiqi. 100% yakin!
Lelaki tu tersengih-sengih sambil memegang belakang kepalanya, perkara yang Syafiqi selalu buat bila mood nakal lelaki itu muncul.
“Abang?” Aku panggil dengan muka tak percaya.
Like… seriously?
Mata terbuntang luas bila dia melambai tangan dengan wajah ceria.
Muka dia bersih sangat langsung tak berjambang. Rambut dia pendek tegak kemas di kepala. Kulit dia cerah dan senyuman dia manis gila.
“Abang ke ni?” Aku naikkan suara tanda terkejut yang amat sangat. Serius dia? Tak tahu berapa kali aku tanya soalan tu.
“Abanglah, takkan tak kenal suami sendiri.”
“Kenapa potong rambut ni?” Aku tanya masih dalam mood terkejut.
“Baby asyik nangis je bila tengok abang.” Dia angkat Aidid dari perbaringan. Selamba dia cium-cium anak kami dan peliknya Aidid tak meragam. Selalu bila Syafiqi datang dekat, budak tu mulalah tengok kiri dan kanan sebelum menangis besar. Fikirku selama ni sebab Syafiqi memang tak reti melayan budak-budak…
“Dia takut dengan abang ke sebelum ni?” Aku tanya pelik.
“Mun tak perasan ae?”
Aku dekati dia dan letak pinggan di atas lantai. Aku pegang dagu dia dan muka dia. Mata dia yang sedia bulat tu makin bersinar-sinar dan hidung dia yang mancung dengan dagu tajam buat aku jadi tak tentu arah. Bulu roma meremang tiba-tiba.
Wah, serius feeling ni jadi lain semacam. Macam aku tengah pegang orang lain, bukan suami sendiri. Rasa berdosa menyelit walaupun terang-terang dia tu suamiku.
“Isy, peliknya rasa.. Ambil baliklah jambang abang tu lekat balik ke sini. Tak best pula tengok muka abang macam ni.” Aku merungut tiba-tiba. Betul-betul ayat yang terlintas keluar dari otakku.
Syafiqi angkat keningnya sambil pandang aku lama. “Kenapa tak best?”
“Muka abang dah jadi lain!” Aku terduduk kat depan dia. Syafiqi senyum lagi. Kenapalah dia asyik senyum macam tu?
“Tak handsome eh?”
“Tch…” Aku tolak bahu dia dan terus ambil pinggan semula. Dia tanya benda yang dia tahu jawapannya. Dari senyuman nakalnya aje aku dah tahu dia sedar dirinya kacak. 
“Abang ada belikan tapau tadi. Tu haa..” Syafiqi tunjuk di atas meja.
Aku pandang dia dan tunduk lagi sebab memang langsung tak boleh berbalas dengan Syafiqi. Dia…. Kacak sangat...
Makanan yang masuk ke tekak rasa nak keluar balik bila tersedar Syafiqi asyik pandang diriku dengan senyuman panjang.
Habislah aku nanti!
Jantung ni tak henti-henti berdegup-degup berbeza dari rima biasa.
“Nanti jangan pasang orang lain pula bila dah handsome gini.” Aku bagi amaran percuma pada Syafiqi. Mana tahu, kan? Orang tu bukan main lagi kacaknya, ramailah lepas ni skandal-skandal muncul kat depan mata. 
Ketawanya pecah.
“Takkan nak cari orang lain, Mun dah cukup untuk abang. Dunia akhirat.” Syafiqi tarik tanganku dan genggam dengan penuh perasaan. Segan pula bila dia buat macam tu.
Tapi serius ke dia nak teruskan style ni?
Aku rasa elok lagi jambang dia yang dulu.. Sekurang-kurangnya tak la aku rasa terancam macam ni!
Bila Syafiqi cium belakang tapak tanganku sambil sebelah tangannya meriba Aidid, terasa diriku jatuh cinta berkali-kali…




0 Komen untuk Cik Rin: