Monday, April 3, 2017

LELAKI DINGIN BAB 1




"BETUL Riah ni? Putuskan pertunangan bukan benda main-main tau. Mak tak nak nanti Riah menyesal."
"Tak menyesal mak, serius. Kalau orang kahwin dengan dia lagilah menyesal," balasku sambil mengenakan anak tudung. Kak Mia yang baru datang tadi terpinga-pinga melihat diriku.
"Serius ke Riah?? Kenapa nak putus pula?" tanya Kak Mia, sebelah tangan Kak Mia menarik tangan mak untuk duduk.
"Betul, Riah tak nak kahwin dengan Abang Azli. Lebih baik kita putuskan cepat-cepat sebelum semua orang tahu kami bertunang."
"Masalahnya semua orang dah tahu, Riah. Apa yang Riah merepek ni?" Mak pukul paha Kak Mia meluahkan rasa geramnya.
"Mak tak faham..."
"Ceritalah sampai mak faham," tukas Kak Mia pantas. Aku ambil instant shawl yang kuletak di atas sofa tempat mak dan Kak Mia duduk.
"Abang Azli tak nak orang. Dah jumpa dah dengan dia, memang dia tak suka orang langsung."
"Tak kenal lagikan, memanglah. Cuba dah kenal sikit nanti."
"Orang tak nak!" Aku sampuk kata-kata Kak Mia dengan nada tinggi. Hari tu bukan main lagi Kak Mia cakap yang bukan-bukan tentang hubungan kami tapi hari ni dia pula yang paksa aku untuk telan pahitnya sebuah perhubungan. Kata tak nak aku kena bulilah... Apa ni Kak Mia?
"Betul ni, orang tak nak kahwin dengan dia. Daripada orang biar aje sampai nak kahwin nanti baru lari, lebih baik orang bertindak sekarang." Aku cakap dengan nada tersekat-sekat.
"Tapi sekarang ni nak pergi macam melampau pula, Riah. Kena telefon keluarga dia orang dulu bagi pembayang ke apa, takkan datang-datang terus balikkan cincin."
Aku diam.
"Esok boleh?" soal mak perlahan. Terbit kekecewaan di wajah mak, aku nampak. Hati mak pasti kecewa dengan keputusan mendadak yang telah ku buat ni. Maafkan orang sebab jadi orang yang pentingkan diri sendiri, mak.
"Kalau dia orang yang datang dulu, orang malu."
"Jadi Riah nak kita datang dulu, kita yang putuskan, begitu?"
Aku mengangguk.
"Beritahu mak, kenapa Riah nak putus tiba-tiba."
Aku tak tahu nak jawab apa. Betul-betul buntu.
"Riah?"
"Anggap aje orang tak suka kat Abang Azli. Orang tak nak kahwin dengan lelaki macam tu." Aku jawab perlahan. Kak Mia dan mak diam lama sebelum melihat air mataku tumpah juga ke pipi.
"Kan dah cakap orang tak suka dia," tekanku menahan esak.
"Riah, kenapa ni?" Kak Mia bangun dan tarik tubuhku ke dalam pelukannya.
"Benci betul tengok muka dia kak, baik Riah langgar aje orang macam tu."
"Isy, takkan sampai begitu." Kak Mia tepuk bahuku berkali-kali, cuba menenangkan diriku yang masih dikuasai emosi. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi komen... =)