Monday, April 3, 2017

LELAKI DINGIN BAB 2

TUJUH jam berlalu dengan cepat. Aku bangun dan menarik tangan ke atas untuk menghilangkan rasa keras di badan. Selepas menyimpan hasil editing sebentar tadi, penat yang melanda bukan main-main rasanya.
"Zaid, ada orang guna printer tak?"
"Tak,"
"Tolong sekejap letak kertas kat dalam tu, ingat nak printer tiga empat bab nak review kat rumah malam ni. Esok tinggal tukar aje."
"Dah nak siap ke apa?" soal Zaid seraya bangun dari kerusinya. Dia tahu bila aku dah sampai bawa kerja ke rumah bermakna tak lama lagi manuskrip yang aku tengah edit hampir siap.
"Baru 12 bab."
"Aik, jauh lagi perjalanan tu," komen Zaid hairan.
"Tak lah, aku aim 50% siap dua minggu lagi."
"Bos nak bila ni terbit?" soal Zaid lagi. Bila Zaid dah masukkan kertas ke dalam mesin itu, aku tekan printing untuk lima bab.
Kalau malam ni boleh siap lima bab sekaligus pun okey. Aku kena sibukkan diri daripada asyik berfikir pasal tunang tak jadi tu. Walaupun benda nampak kecil tapi sungguh fikiranku terganggu untuk tiga empat hari ini. Adakalanya rasa nak tumbuk-tumbuk saja muka lelaki itu. Untuk apalah dia terima aku sebab ibu dia. Kalau sebab ibu dia sekalipun, dia kena berikan keikhlasan dalam perhubungan yang dibina. Arg, kenapalah aku suka buang masa fikir pasal benda-benda remeh ni.
"Terbitan bulan Jun, yang bulan depan dah hantar dekat Encik Fuad."
"Patutlah dia orang sayang kat kau, Riah. Rajin buat kerja." Puji Zaid dengan nada mengusik.
"Aku bukan rajin, Zaid. Aku nak cepat siap, lepas tu cepat rehat."
"Ada rehat ya kerja kita ni? Lepas siap, mesti ada manuskrip baru yang Encik Fuad minta editkan," ucap Zaid separuh bergurau.
"Dah tu lagi sakit kepala kalau lambak sekaligus. Kerja pun jadi tergesa-gesa. Cuba kau bayangkan kalau publisher ni naik nama, kita juga yang dapat faedah. Gaji pun naik, Zaid. Lainlah kau fikir nak kerja sementara aje kat sini." Aku angkat kening bersahaja.
Telefonku berbunyi sebaik sahaja aku menghabiskan kata-kata. Nama Abang Azli terpampan di kaca skrin. Darahku laju saja meraup ke seluruh wajah. Aku tak faham kenapa dia nak telefon bila hubungan kami terputus seperti yang dia mahukan. Agaknya nak cakap dia dah jadi sangat gembira sebab aku yang mulakan untuk memutuskan hubungan kami kerana dia sendiri tak berani untuk bercakap dengan keluarganya.
"Aku cadang nak buat publisher sendiri. Kau nanti kerja under aku ajelah. Jimat duit aku nak beri gaji kat pekerja."
Aku berdeham kecil. Tangan terus memutuskan talian Abang Azli itu. Tak ada apa lagi yang tertinggal antara kami jadi untuk apa dia telefon sedangkan dulu bukan main payah lagi dia angkat panggilanku.
"Tak ada maknanya," balasku kepada Zaid.
"Kau tahu kenapa jimat?"
Aku pandang Zaid yang tengah mengambil dan mengemaskan kertas siap cetakku itu. Dia menyerahkan kepadaku setelah diklipkan.
"Sebab aku buat kerja seperti dua orang?"
"Exactly!" Zaid gelak. Aku ikut senyum.
"Thanks," ucapku sebaik sahaja kertas-kertas itu sampai ke tangan. "Nak balik. Dah pukul 5.30."
"Aku pun nak balik juga."
"Kau yang tutup semua ni ya," pintaku sebelum Zaid lesap dari situ.
"Okey mem," balas Zaid bersahaja.
Aku mengambil beg tangan dan beberapa fail nipis di atas meja.
"Bye Zaid."
"Okey, jalan elok-elok."
Aku melangkah menuju ke arah pintu kaca bahagian jabatan editor untuk keluar tetapi langkahku jadi kaku sesaat bila terpandang wajah orang yang paling aku tak nak tengok saat ni.
Lambat-lambat aku melangkah keluar.
Bila aku keluar dari pintu kaca, Abang Azli memeluk tubuh dengan senyuman yang langsung tak ikhlas. Pelik kenapa dia senyum sedangkan dia yang curang dengan perhubungan kami ni.
"You ada lelaki lain?" tanya Abang Azli tiba-tiba. Aku toleh kebelakang melihat kelibatan Zaid. Baru aku faham kenapa dia senyum sebaik sahaja kami berhadapan.
"Apa maksud Abang Azli?"
"Ketawa, senyum dengan lelaki lain... Tapi cakap kat mama I yang I ada perempuan lain. Tak betul?"
Aku bengang sebentar mendengar kata-kata tajam Abang Azli.
"Kalau nak cari gaduh tak payahlah kat sini. Abang Azli terpelajar. Takkan benda macam ni pun nak ungkit lagi?" soalku meluahkan rasa geram.
"Sebab mama I kecewa dengan I, sedangkan yang putuskan semua ni you. You langsung tak rasa bersalah ke hah?"
"Bersalah?" Aku ajuk balik. Bukankah sepatutnya dia yang rasa bersalah?
Abang Azli memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seraya memandang wajahku lama. Entah apa yang dia hendak baca pada mukaku ini.
"I nak you betulkan keadaan. Jumpa balik dengan mama I, cakap aje yang you memang dah ada buah hati," ucap Abang Azli tegas.
Pintu kaca dibuka dan wajah Zaid terjenggul memandang kami hairan.
"Tak balik lagi kau Riah? Siapa?" Zaid memandang aku dan Abang Azli silih berganti. Aku menggeleng tiga kali dan mengisyaratkan supaya dia pergi dahulu.
"Okey ke ni?" tanya Zaid lagi. Mungkin dia juga sudah mula merasakan ketegangan antara aku dan lelaki di hadapanku itu.
"10 minit, aku tak keluar kau boleh report polis." Aku separuh bergurau.
Zaid angkat kening dengan riak cuaknya namun akur dengan kehendakku. Zaid menghadiahkan aku senyuman sebelum melangkah pergi.
Abang Azli sinis memandang wajahku.
"Bodyguard you ke?"
Abang Azli mendekatiku setapak. Dia seperti marah padaku.
"Macam yang Abang Azli dengar, saya ada beberapa minit aje lagi sebelum dia telefon polis. Ada apa-apa yang Abang Azli nak saya tahu lagi?" Aku menilik jam di pergelangan tangan bersahaja. Lelaki itu nampak bengang dan terus merentap tanganku kasar.
Aku terjerit kecil kerana terkejut dengan tingkahnya yang di luar dugaan. Selepas bergelut sedikit untuk melepaskan tangan akhirnya dia lepaskan juga. Mujurlah Abang Azli cepat melepaskan sebab aku dah mula merangka rancangan nak tumbuk muka dia tadi.
"I nak beritahu you, rancangan kahwin kita akan tetap diteruskan sama ada you suka atau tidak."
Aku tercebik sesaat. Dia siapa untuk mengarah-arah seperti itu.
"Yang saya tahu hubungan kita dah tamat. Tak ada harapan untuk disambung-sambung lagi dah. Saya, Nur Qariah tak ada rancangan untuk menyambung lagi hubungan tak bermakna ni.."
"I nak beritahu you, rancangan kahwin kita akan tetap diteruskan sama ada you suka atau tidak."
Aku tercebik sesaat. Dia siapa untuk mengarah-arah seperti itu. 
"Yang saya tahu hubungan kita dah tamat. Tak ada harapan untuk disambung-sambung lagi dah. Saya, Nur Qariah tak ada rancangan untuk menyambung lagi hubungan tak bermakna ni. Sekian terima kasih."
Aku terus melangkah menjauhinya. Lantaklah dia faham ke tak dengan Bahasa Melayu aku yang cukup kucar-kacir ni.












No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi komen... =)