CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 1, 2017

JHD BAB 8


"AWINA," sapa Hid Johar sebaik sahaja melihat kelibatan Awina keluar dari bangunan 11 tingkat.
"Hai Hid." Senyuman Awina melebar dan tangannya spontan melambai. Kaki Awina melangkah laju ke arah lelaki yang sedang duduk di atas motor berkuasa tinggi dengan jaket denim dan helmet hitam di tangan.
“Akhirnya awak jumpa juga dengan tempat ni.” Awina memeluk tubuh apabila dia berada betul-betul di hadapan Hid Johar.
“Tiga kali pusing area sini sebelum awak akhirnya hantar lokasi dekat whatsApp.” Hid Johar tersengih.
Awina mengangkat bahu. Siapa suruh awal sangat sampai. Waktu Hid contact dia masa tu telefon dekat pejabat dan Awina pula tengah meeting di bilik mesyuarat.
Menyedari mata Hid tidak lepas ke arahnya, Awina berdeham kecil agak janggal. Senyap seketika tanpa reaksi di wajah lelaki itu. Apa yang Hid tengah fikir agaknya? Awina jadi ingin tahu.
"Seorang aje?" soal Awina lagi, sengaja memecahkan kesunyian antara mereka.
Hid mengangguk.
"So, where are we going?" tanya Awina membetulkan beg tangannya.
"Oh, makan."
"Makan? Saya ingat awak nak bawa ke tempat yang special..." ucap Awina sedikit kendur. Malam semalam sibuk dia berfikir tempat apa yang Hid hendak bawa dia pergi tapi rupanya Hid sekadar nak bawa dia keluar makan aje.
“Tak banyak tempat yang istimewa tapi saya nak bawa awak ke tempat yang saya suka.” Hid tersengih.
Matanya jatuh spontan ke arah sekumpulan lelaki yang memandang ke arah mereka berdua.
"Siapa tu?" Hid bangun dan berdiri bersebelahan Awina.
"Mana?" Awina menoleh. Kelibatan Nasir, Shahril dan dua lagi eksekutif syarikat papanya sedang memandang tepat ke arah mereka. Awina mengangkat tangan tanda hormat sebelum mengalihkan perhatian ke arah Hid Johar semula.
"Kawan sekerja.”
"Dia orang tengok awak macam nak makan."
Nak makan? Awina tergelak kecil.
"Tapi dia orang tak boleh makan saya. Tak sedap pun." Awina bergurau.
"Hmm?" Lelaki itu keliru.
"Betullah. Siapa yang nak makan manusia. Baik makan ayam KFC aje." Awina ketawa.
Hid mengukir senyuman. Manis dipandang tapi Awina cepat-cepat mengalihkan pandangannya risau hati semakin tergugat. Hid bila begini nampak ranggi dan kacak.
“Lelaki ni lain dari perempuan Win. Awak fikir lurus, tapi lelaki menyimpang ke arah lain.”
“Jadi awak nak cakap dia orang tengah pandang saya sebagai mangsa la?”
Hid menggeleng kepala. “Tak juga la. Tapi kena lebih hati-hati, jangan cepat percaya lelaki.”
“Contohnya seperti saya percayakan awak...” Awina menyampuk.
Hid tahu dirinya terkena kali ini.
“Awak boleh percayakan saya, saya ni berbeza dari lelaki lain kat Malaysia ni.” Hid mengangkat sebelah keningnya sehingga membuat Awina tercebik kecil. Perasan sangat la dia lain dari lelaki lain. Awina tak nampak pun kelainan Hid berbanding orang-orang yang tengah pandang mereka sekarang. Agaknya Hid lupa sudah beberapa kali dia menangkap lelaki itu mampir ke rumahnya hampir waktu tengah malam tanpa memberitahu terlebih dahulu.
Awak tu kira macam stalker dah Hid. Getus Awina di dalam hati. Mujurlah stalker ni sedap mata memandang, cuba kalau muka dia tak berapa kacak... Lama dah kut Awina buat tak layan.
Awina pun manusia biasa juga reti menilai kecantikan. Tapi lebih dari itu, Hid kan dah tolong dia beberapa kali dan mungkin kerana itu Awina rasa selesa dengan Hid.
"Naik motor ni nak?" Hid tanya Awina selamba.
Cepat-cepat Awina menggeleng kepala. Takkan nak pakai motor kut. Dia sedang pakai baju pejabat ni macam tak sesuai pula duduk atas motor besar Hid Johar. Lagipun Awina tak minatlah menunggang motor lebih-lebih lagi dengan lelaki. Tak pasal-pasal terpaksa buat skinship, peluk contohnya. Kan dah jatuh dosa besar tu.
"Parent awak mesti risau," ucap Awina tersengih. "Sebab awak pakai motor. Mana kereta yang selalu awak pakai tu?" Sambung Awina lagi.
"Kakak saya tengah guna."
"Okey, tapi saya tak boleh naik motor dengan pakaian macam ni. Apa kata kita naik kereta saya aje."
"Juke awak tu?"
Bola mata Awina bergerak-gerak. Ada yang tak kena dengan kereta dia ke?
"Aha, Juke saya."
"Awak drive ikut saya boleh?" soal Hid tiba-tiba.
"Boleh juga. Lagi senang awak atau saya nak balik terus. Asing-asing."
"Jauh sikit tapi tak jammed. Jomlah." Ajak Hid seraya mengenakan helmet tertutup keseluruhannya. Awina senyum aje. Ada debaran di dada dan peliknya cara Hid mengenakan helmet tu membuat jiwa Awina jadi tak keruan.
"Okey," balas Awina bergerak menuju ke keretanya yang tidak jauh terparkir.
Sempat Awina memandang ke arah pekerja Datuk Mikayel yang masih berdiri di depan pintu bangunan. Ah, paling-paling pun dia orang bergosip yang Awina Mikayel sudah punya pengganti baru arwah suaminya.




I like this place.” Puji Awina kecil. Ya, dia jujur suka tempat yang Hid bawa ni. Restoran luar bangunan. Betulkah interpretasi dia tu?
Tempat duduk lebih kepada pondok-pondok di taman bunga dengan privasi yang sangat menyenangkan. Duduk pun gaya ala-ala orang Jepun, bersila di atas lapik dengan meja searas pinggang.
“Saya lama dah nak bawa awak ke sini?”
Awina angkat kening sambil tersenyum kecil. “Itu ayat penyata ke atau ayat tanya?”
“Ayat penyata la. Cuma tak confident.” Hid balas sambil menuang air di dalam jag ke gelas Awina.
“Oh...”
 “Macam dah lama saya tunggu saat-saat ni. Nak bawa awak dan nak kongsi dengan awak benda-benda yang saya suka.”
“Ehem...” Awina angguk lagi.
“Jujur, saya rasa berbeza akhir-akhir ni. Lebih-lebih lagi lepas bila jumpa dengan awak. I can’t control my feelings. Termasuk apa yang saya nak buat.”
Is that positive or in negative way?” tanya Awina berhati-hati. Yalah, dia kan janda. Macam mustahil rasanya dia buat orang lelaki jatuh cinta head over heal sampai tak boleh kawal perasaan sendiri...
Janda mestilah sedar diri, kan?
Hid tu, bujang trang-trang lagi. Muka boleh tahan, muda pula.
 “Saya pun tak pasti dengan diri saya, apatah lagi nak menjawab soalan awak.”
“Boleh tak awak pastikan jawapan awak lepas ni? Asyik tak faham aje kat diri sendiri, macam mana saya nak faham awak pula lepas ni?” Awina cuba menguji keikhlasan Hid Johar. Mata lelaki itu ditenungnya lurus. Nak tahu juga apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu tapi nampak gaya Hid tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut. Geram pula Awina rasa.
“Makanan dah sampai,” ucap Hid sebaik sahaja terpandang pelayan mendekati pondok kecil mereka berdua sambil menatang menu makanan yang dipesan.
Sebaik saja pelayan itu pergi, Awina menarik makanannya lebih dekat dan mengambil sudu di dalam bekas anyaman rotan. Tanpa sengaja tangan Hid menyentuh tangannya. Awina segera menarik tangannya dan memandang ke arah lelaki itu.
Untuk beberapa saat Awina jadi robot di sana, menarik tangan dan menunggu Hid sehingga lelaki itu menyuap makanan ke dalam mulut.
“Sebab saya janda eh awak masih lagi tak faham dengan yang awak rasa?”
Hid tidak menjawab.
“Awak nak main-main aje kan dengan saya?” Awina menduga lagi.
“Hmm?” Hid tidak jadi mengangkat sudu.
“Saya banyak jumpa lelaki yang nampak berminat untuk berkenalan tapi bila tahu saya dah pernah berkahwin, mereka mula menjauhkan diri. Ada je yang sudi berkawan tapi macam tu la, tak sampai serius dah lari.” Awina mengangkat bahu kecil seolah-olah kecewa walhal apa yang keluar dari mulutnya adalah bohong semata-mata. Dia mengertap bibir menahan tawa. Sejak bila pula ada yang nak berkenalan dengan dia, kan?
Berubah wajah Hid mendengar luahan Awina.
I’m so sorry. Saya tak berniat nak lukakan hati awak. Saya tak kisah berkawan dengan awak. In fact saya risau sebab awak anak orang berada, berkawan pula dengan saya ni..”
Awina menunduk kepala ingin kepastian. Suara Hid Johar menunjukkan lelaki itu ikhlas tapi sebelah hatinya enggan percaya. “Apa maksud awak yang awak pun tak pasti dengan diri awak?”
“Ni pertama kali saya buat begini pada perempuan yang saya baru kenal. Pertama kali saya approach wanita. Jadi saya tak tahu nak buat apa dan nak rasa apa. I’m so clueless.”
“Bohong...”
You should believe in me,” Hid Johar tersenyum kecil. Dia jujur dan dia tidak mahu sikap serta sifatnya disalaherti oleh Awina.
Mustahil juga Awina tak boleh menghidu langsung niatnya untuk membawa keluar wanita itu.
“Takkan zaman-zaman remaja pun tak ada yang berminat?”
“Dalam dunia ni antara seribu lelaki, ada dua tiga orang yang sangat rare. Saya salah seorang darinya.” Hid menyembunyikan senyuman melihat wajah keliru Awina.
“Serius dengan muka awak dan manner awak, tak pernah bercinta?”
“Muka dan sikap aje tak cukup untuk memastikan semua orang bahagia kat sini.” Hid tunjuk dada kirinya.
“Jadi kenapa awak tak pernah bercinta selama ni?” tanya Awina ingin tahu. Dia rasa berpeluh pula gara-gara kepedasan tertelan biji cili. Tangannya dikibas ke muka untuk mengurangkan rasa panas.
Hid menarik tisu yang berada di sisinya dan dihulur kepada Awina. Bibir Awina merah menyala gara-gara tak biasa makan hidangan pedas yang terlebih pedas. Awina segera menyambut dan mengelap di dahi.
“Macam-macam yang berlaku dalam keluarga saya dan diri saya sendiri. Sampai tak ada peluang untuk fokus ke arah lain.”
Kening Awina  hampir bertaut.
“Peliknya alasan awak.”
Hid menuang lagi air ke dalam gelas Awina yang hampir habis. Awina tersentuh melihat keprihatinan lelaki itu. Dengan sikap dia yang caring macam ni takkan la tak pernah bercinta langsung. Susah untuk Awina percaya kenyataan Hid tadi.
Crush tu pernah tapi tak de la sampai mengurat atau mencari dia,” ujar Hid dan kemudian meneguk air dari gelasnya. Dia pun sebenarnya sedang kepedasan tapi memang Hid suka makan makanan pedas.
“Kan?” Awina puas hati dengan jawapan Hid Johar kali ini.
“Awak? Pernah bercinta ke? Macam banyak aje history...”
Air muka Awina berubah mendengar pertanyaan Hid Johar. “Awak tahukan saya pernah berkahwin?”
Lelaki itu lah yang berjaya merebut hatinya satu ketika dulu.
Hid Johar terkebil-kebil melihat Awina yang menundukkan kepala. Ada biasan kesedihan yang terpancar pada wajah wanita itu. Tiba-tiba Hid rasa menyesal dengan kelancangan mulutnya sebentar tadi.
Sorry, saya sensitif sangat agaknya,” ucap Awina gelisah.
It’s okay, enjoy your food, Win. And I’m so sorry...” Hid ikhlas.
Awina terkesima. Cara Hid panggil nama dia, seolah-olah mereka dah rapat lama. Seolah-olah dia dan Hid ada apa-apa hubungan sedangkan hubungan itu belum pernah wujud antara mereka.
Awina mengambil sudu dan menjamah semula makanannya. Sesekali matanya terjatuh ke wajah kacak Hid. Satu perasaan pelik timbul di hati.
Aura Hid, seperti pernah dia rasa di mana-mana. Apakah dia pernah mengenali Hid sebelum ini? Tapi di mana?
Hid makan tanpa memandangnya.
Tiba-tiba wajah Azri terlintas dalam fikiran Awina. Azri pun begitu. Azri makan tak pernah pandang isteri sendiri.
“Fikir apa?” tanya Hid seolah-olah dapat membaca jiwa kacau yang Awina rasai.
Awina cepat-cepat menggeleng dan tersenyum kecil.
“Tak ada apa.” Sambut Awina menyenangkan perasaan. Apa pula kata Hid nanti kalau lelaki itu tahu dia sedang membandingkan Hid dengan arwah suaminya dulu.
Awina menarik nafas panjang. Adakah masih terselit rindu di hatinya buat arwah Azri sehingga beberapa kali juga dia merenung Hid Johar dengan renungannya kepada arwah?
“Ada benda lagi yang awak nak kongsi dengan saya, Hid?”
“Banyak!” Wajah Hid bertukar ceria. “Sangat banyak.”
Awina pandang Hid dengan senyuman kecil, senyuman terpaksa. Kenapa banyak yang dia nak tunjuk kepada aku? Kami baru aje kenal satu sama lain. Hati Awina berbisik kecil. Keliru.





0 Komen untuk Cik Rin: