CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 5, 2017

JODOH on Raya! part 4




AKU tunggu ibu kat pintu dapur. Ibu yang sedang bakar lemang kat belakang rumah sibuk mengipas kayu api dan ada dua buluh lagi berisi ayam pansuh tengah menunggu giliran untuk dibakar.
“Hari raya ke berapa ni bu, siapa yang nak datang lagi?” Hairan sungguh dengan semangat juang ibu yang cukup tinggi. Raya tiga minggu yang tak habis-habis lagi.
Harapkan aku memang liat sikit nak bakar-bakar lemang ni. Aku bahagian masak rendang daging je. Hehehe. Berbuih-buih mulut ibu membebel dari dulu sebab dapat anak dara yang suka memilih kerja. Asal kerja kat luar terus reject tanpa fikir panjang-panjang.
Tapi, kan.. Aku tak nak kena panas pun sebab dah puas dikutuk hitam masa kecil-kecil dulu.  Bila umur naik remaja, jiwa jadi sensitif dengan usikan berbaur sindiran. Bersusah payah juga nak putihkan kulit dan kurus begini. Persekitaran sewaktu kecil akan membentuk peribadi apabila meningkat dewasa. Bila ada anak nanti, aku nak tanam jiwa positif ke dalam diri dia orang. Ecewah, sempat juga berangan pasal anak-anak masa ni. 
“Ada je yang nak datang..” gumam ibu pelan. Aku garu dagu sambil peluk tubuh.
“Bu, si Syafiqi dengan orang pernah kawan ke masa kecil-kecil?”
Ibu angkat kepala. “Syafiqi anak Mak Cik Naila tu ke? Apik, dulu kan sama sekolah dengan Mun. Mun darjah 4 ke 5 dia orang pindah ke bandar. Dulu Mun rapat juga dengan dia. Balik sekolah jalan kaki sama-sama. Alah rumah dia dulu yang rumah Mak Cik Esah sebelah rumah Hisyam tu.”
“Apik..” Aku sebut nama tu sambil cuba mengingat kembali memori silam yang terkubur dalam kepala ni. Tak boleh nak ingat langsung!
“Mun pergilah ambil album kat almari yang bawah sekali. Banyak gambar-gambar Mun dengan kawan-kawan Mun dulu ibu simpan.”
“Almari mana bu?”
“Bilik ibulah,” jawab ibu sambil lap peluh kat dahi.
“Betul ni boleh buka almari ibu?” Aku tak tunggu balasan dari ibu sebab perasaan nak tahu tu berkobar-kobar tinggi. Mana tahu bila tengok gambar boleh ingat balik pasal Syafiqi.
AKU jatuhkan punggung ke atas jalan raya. Menangis entah kali yang ke berapa. Yang lain-lain pandang aje sambil gelak-gelak macam aku tengah buat lawak. Sedih gila kut. Satu kelas tu bukan kawan aku. Memang taklah nak kawan dengan dia orang yang tiap-tiap hari kerjanya mengejek. Hari ni siap step kaki sampai aku hampir tersembam kat tepi longkang. Makin dia orang ketawa makin tu aku marah dan akhirnya oleh sebab dah sakit hati sangat, aku menangis kat tepi jalan raya nak keluar dari pintu gate sekolah. Biar cikgu-cikgu tahu ada orang yang buli aku!
“Kenapa kau nangis kat sini?” Hisyam kuis belakang dengan kaki dia yang berkasut.
“Malulah, orang semua tengok. Aku pergi dulu eh. Bye…” Tak sampai berapa saat Hisyam hilang dari pandangan mata. Tu kira sepupu yang tak berguna. Aku doakan dia selamat dunia akhirat! Orang kena buli boleh pula dia buat tak tahu.
Pergilah! Pergi aje. Sampai mati pun aku takkan maafkan si Hisyam tu. Pembelot…
“Congek gila dia ni.” Aku dengar orang mengutuk dari belakang. Aku pusing kepala untuk tengok siapa yang baik hati sangat menambah api dalam jantung dan limpa yang tengah parah.
“Kau kisah apa?” Kasar bila Apik budak darjah 6 tanya. Wah, bila dah emo budak lebih tua pun aku sembur juga. Tiba-tiba jadi bangga dengan diri sendiri.
“Patutnya bila kau diejek, kau ejek balik. Baik jadi kuat daripada jadi lembik.” Dia bagi cadangan sambil berpeluk tubuh dengan renungan sinis membunuh.
“Tapi memang kau hitam lagi gemuk. Susah sangat nak berjalan sampai jatuh terduduk.” Si Apik tu ketawakan aku terang-terang. Tak reti langsung jaga hati orang.
“Aku doakan kau kahwin dengan orang lebih gemuk dari aku, lebih hitam dari aku!”
“Eleh, kau ingat ada ke orang lebih gemuk dan hitam dari kau. Aku doakan kau kahwin dengan orang kacak macam aku ni ha, kan bagus doa yang baik-baik untuk orang.”
“Daripada kahwin dengan orang perangai beruk macam kau, baik aku kahwin dengan yang tak kacak weh. Tak ingin aku dapat orang perasan macam kau!” Aku jerit kuat-kuat dengan harapan dia sakit hati. Tapi sebaliknya Apik tersengih dengan muka mengejek sampai hati aku pula yang jadi rentung.
Aku tarik rumput kat tepi kaki dan baling kat dia. Apik mengelak laju.
“Bila aku dah besar dah jadi buruk jangan tak jadi pula kahwin dengan aku.” Dia tolak bahuku agak kuat. Oleh sebab badan ni besar sangat, pergelangan tangan terseret dengan tar jalan dan melecet merah. Aku tiup pergelangan tangan dengan perasaan bercampur baur. Geram, sakit hati, marah dan benci kat Apik.
Dengan susah payah aku bangun dan cuba menyepak kaki dia tapi tak berjaya. Apik lari laju sambil menjerit riuh. Sakitnya hati aku hanya ALLAh yang takt ahu.
“Mun nak kahwin dengan aku kawan-kawan… Tapi bila muka aku jadi buruk. Kau orang bayangkan muka aku jadi buruk macam mana!” Dengan penuh keyakinan dia ketawa bagai nak rak. Macam muka dia akan jadi handsome sampai bila-bila!
Kawan-kawan dia pun sibuk ketawa sambil tengok aku yang dah berhenti dari mengejar Si Apik. Aku hentak-hentak kaki membayangkan jalan ni muka Apik.
Kau tengoklah Apik. Kau hina aku hari ni, esok lusa aku pula yang gelakkan kau.
Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Nanti aku cakap dengan ibu biar ibu bagitahu kat mak kau betapa buruknya perangai kau, Apik!


AKU ambil gambar dalam album dengan muka Syafiqi dan terus koyak laju supaya terpisah dari gambarku. Lepas tu tangan sibuk renyuk-renyuk gambar buka Syafiqi tu.
Rupanya dia salah seorang dari hantu-hantu yang menjadikan ku mangsa buli masa zaman sekolah dulu. Bencinya dekat dia! Padanlah muka dia jadi tak handsome, tu balasan cash ALLAH bagi sebab dia suka pandang rendah pada orang lain.
Tunggulah kalau aku jumpa dia lagi! Menyampah bila terbayangkan senyuman kat bibir dia. Senyuman yang sama dengan 19 tahun yang lepas!



“MUN! Buka pintu bilik ni ha!” Kak Rinah ketuk-ketuk dari luar. Aku buka earphone yang tersangkut di telinga. “Mun keluar cepat. Ada orang datang merisik!” Kak Rinah bising lagi.
Kejap.
Merisik?
Merisik dia ke? Sejak bila pula Kak Rinah berkawan dengan mana-mana lelaki? Aku angkat tubuh malas-malas ke pintu bilik. Kalau dia kena risik pun apa kaitan dengan aku?
“Kenapa?” Aku buka daun pintu sikit, setakat nampak sebelah muka aje.
“Kawan kau datang merisik. Ibu suruh bersiap cepat jumpa orang kat luar.”
“Kawan aku yang mana?”
“Mana aku tahu. Pergilah siap.”
Aku pandang Kak Rinah dari atas ke bawah. Patutnya dia yang bersiap sebab baju dia pakai macam orang nak pergi gym. Sesak sungguh aku tengok badan Kak Rinah dengan pakaian sukan ketat kat badan warna pink. Kalau aku pun sakit mata, lagilah orang-orang lain kat luar sana.
Kak Rinah tolak daun pintu dan masuk ke dalam bilikku.
“Kau ada baju canti ke? Baju kurung raya tahun lepas ada lagi tak?”
“Apahal pinjam baju aku pula?” Aku kerutkan kening pelik dengan perangai Kak Rinah. Carilah kat almari dia, baju dia berdozen-dozen beli kat Shopee.com mengalahkan baju retis.
“Eh, yang kena risik tu kau, jangan nak rileks pula. Pergi cepat pakai baju ni!” Kak Rinah tarik baju kurung warna merah dan ditolak ke dadaku.
“Apa dia?”
Telinga dah pekak kut sebab aku rasa macam dah tersilap dengar.
“Eh, sejak bila kau berkawan dengan anak kawan ibu ni? Kenapalah mesti kau dulu yang kena risik. Kenapa bukan aku?” Muncung Kak Rinah panjang tiga inci.
Aku pula tercengang bagai nak tersembul biji mata.
Siapaaaa???



SAKIT mata bila tengok Syafiqi tersengih-sengih macam kerrang busuk. Macam mana la boleh end up dengan dia ni?
Aku tarik lengan baju dia kasar sampai ke tepi luar rumah jauh sikit dari orang lain.
Bila kami sama-sama berdiri berhadapan, dia bercekak pinggang dengan senyuman tak lekang di bibir, dengan ringannya kaki kiriku menyepak kaki kanannya. Kuat sampai dia jatuh dan pegang kaki kanannya dengan muka berkerut-kerut.
“Kenapa?” tanya Syafiqi dengan muka keliru padahal dia tahu kenapa aku marah macam ni.
“Kau ingat aku dah lupa apa kau buat kat aku masa kecik dulu? Oh, sekarang tiba-tiba ajak kahwin pula? Kau nak makan penyapu hari-hari silalah teruskan niat tu!” Aku cerlungkan mata tajam. Hampir-hampir tangan ni naik kat kepala dia, balas balik kerja-kerja buli dia kat aku dulu.
“Ingat lah ni?” Syafiqi bangun dan kemudian tangan dia letak kat belakang kepala. Dia senyum senget bagai tak ada perasaan.
“Kau buat aku macam tu lepas tu kau sibuk merisik, apa benda ni?”
“Jawapan dah terang-terang la.”
“Apa?”
“Sebab kau makin cantik.” Dia ketawa.
Kenapa bunyi ketawa dia tu menusuk-nusuk usus dan paru-paru ni? Aku pegang dada sendiri.
“Kau ingat aku senang-senang terima?” Aku jegilkan mata bersungguh-sungguh.
“Ala apa kurangnya aku? Ada kerja, rumah dan kereta pun ada… Tak kalah dengan mana-mana lelaki kat dunia ni.”
“Kau ambik je Kak Rinah jadi bini kau, aku tak nak!” Aku libas lengan Syafiqi dengan tangan kuat. Dia mengelak! Sebiji macam dia mengelak masa aku tikam dengan rumput masa kecil-kecil dulu.
“Eh, penat-penat aku buat penampilan buruk ni sebab nak kahwin dengan kau, mana boleh main pass kat orang.” Syafiqi kembali bercekak pinggang.
Aku terkumat-kamit pandang muka dia yang serabut gila tu.
“Jangan buat alasan bodoh, lah!” Susah betul nak kawal kemarahan ni. Rasa nak meletup bila-bila masa.
“Ibu kau okey aje terima aku jadi menantu… Berkat hidup dengar cakap mak sendiri…”
Aku meraup muka dan bergerak ke kanan dan kiri cuba berfikir dalam-dalam tapi masih juga jumpa jalan buntu.
“Betul ke kau buat ni semua…” jari tunjuk Syafiqi dari atas ke bawah. “… sebab aku?”
Keningku bertaut rapat mahu mendengar jawapan dari mulut Syafiqi sendiri.
Syafiqi pandang ke atas sambil mengangkat bahu. “Kalau kau fikir gitu, teruskan.”
“Serius?” Tekanku tak percaya.
Dia kibas seluarnya yang hampir terlondeh beberapa kali. “Aku memang jenis pemalas. Tak ada maknanya buat perkara tak berfaedah demi orang lain. Kau fikirlah elok-elok macam mana. Aku bukan cikai sangat pun…” Lepas dia cakap, dia pergi macam tu aje.


KOMPANG di palu… pengantin baru!
Walaupun seperti bermimpi di siang hari, tapi realiti besar perlu ku terima setulus hati. Akhirnya aku kahwin juga dengan Syafiqi Haji Daud. Sebab apa?
Aku tak faham juga.
Ada banyak benda misteri kat dunia ni yang berlalu tak ada jawapan dan salah satunya adalah misteri bagaimana aku boleh terima Syafiqi jadi suami. Mungkin sebab aku selesa atau familiar dengan dia, kut?
Aku pandang dia yang duduk kat tepi tengah makan beradap. Tak malu dia tarik kaki ketam dan lahap dengan mulut dia.
Okeylah.
Hari sanding dan makan beradab kami dia berpakaian macam manusia juga.
Berbaju Melayu warna kuning emas dan bersamping elok. Aku rasa kawan-kawan dia kut tolong dia pakai samping tu.
Dan paling best dia pergi ikat rambut ke belakang. Jangkut pun tak serabut macam selalu.
“Tengok aku aje bukan boleh kenyang.” Dia sua ketam kat pingganku.
“Kenapalah aku boleh kahwin dengan kau.”
Syafiqi mengangkat keningnya. “Tak baik merungut benda dah jadi. Belajarlah terima takdir yang kau tu jodoh aku.”
Aku tepuk dahi tak sedar ramai yang tengah perhati. Syafiqi tarik tanganku dan di bawa ke pahanya.
“Apa ni?” Aku jeling dia tajam. Dia sengih aje macam tak ada apa-apa yang berlaku.
“Tak payah gatal-gatal kat sini, ramai mata yang tengok.” Aku ucap separuh berbisik.
Syafiqi tunduk mendekatkan kepalanya dengan bahuku. “Kau kena banyak sabar lepas ni…”
Aku jungkit kening sebelah. “Kenapa?”
“Sebab aku tak jamin kau boleh hidup bahagia.” Dia tersengih-sengih nakal.
Aku angkat kaki dan pijak kaki dia dengan heel. Lantaklah kalau dia nak jerit pun. Dan boleh tak kalau nak ambil sudu besi untuk kaut rendang ni dan hentak kat kepala dia sekarang juga?




0 Komen untuk Cik Rin: