CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 5, 2017

JODOH on Raya! part 3





DIA buat apa kat sini ek? Sekali lagi batin bertanya. Laju je langkah kaki terus berjalan menuju ke hujung kafetaria lepas dapat milo ais dari Kak Nor.
“Eh, kau dah tak kenal aku ke ni?” Lelaki tu masih mengekor sambil mengusap-usap belakang rambutnya. Muka dia berkerut seribu sambil menyaingi langkah kakiku.
“Akulah, Syafiqi… Anak Puan Naila…” Dia beria-ia memperkenal dirinya.
Aku pusing badan ke sisi. Senyum Mun… Senyum!
“Kenal…. Kenal sangat! Datang ke sini nak buat medical check up ke?” Aku tanya dengan nada ramah mesra. Maklumlah dia kan anak kawan ibu aku.
Ni kira Mun yang paling sopan santun dalam dunia tau. Nak buat medical check up ke? Kalau dia jawab ha’ah nak buat medical check up… Aku balas jom saya temankan awak jumpa pakwe saya, Doktor Hisyam. Aiseh, bijak tak idea aku?
Ikut hati nak aje aku buat muka tikus mondok sebab yalah, muka ayu harus bila depan lelaki macho yang kacak dan gagah je. Wah, sejak bila aku reti buat diskriminasi mengikut rupa paras orang ni?
“Aku nak jumpa kau, lah!” Syafiqi senyum lebar sampai nampak gigi. Lega kut dia tak kena halau on the spot terus dari sini.
“Boleh nak tahu kenapa?” Tak sangka aku masih boleh control diri sendiri. Tapi mata ni dah tak senang nak menghadap muka dia. Serabut aduhai. Barulah jelas kat mata bila berdekatan macam ni. Eh, betul ke kerja dia kat Petronas? Aku macam pelik ajaib bin ganjil gila sebab Petronas sudi ambil mamat rambut panjang dengan janggut bersepah-sepah bagai tak pernah trim lima bulan dan misai yang tak boleh nampak apa lagi kat muka dia kecuali… mata.
Okey lah, nak kata buruk sangat tu tak la juga. Hidung tak kalah pun dengan Doktor Hisyam. Mancung juga. Mata dia pun colour brown dan besar. Kening dia tertutup dengan rambut panjang jadi tak boleh nak komen apa.
Dia berdeham lima kali. Kuat kalah kambing biri-biri.
“Bila free nak ajak dating?”
“Hah?” Hampir nak terjuling biji mata.
“Yalah, kata nak kahwin?”
“Bila?”
“Bila-bila aje boleh. Bulan depan boleh, bulan ni boleh…” Dia angkat-angkat keningnya dengan senyuman yang boleh buat aku muntah colourful.
“Maksud aku, bila masa aku kata nak kahwin?” Aku bulatkan mata. Entah tiba-tiba aku macam nak sepak-sepak aje kaki dia yang berbalut seluar jeans koyak sana-sini.
“Kan kau datang meminang aku hari tu?”
Subhanallah.. Walhamdulillah.. Walaillahailaullah waullahuakhbar… Aku berzikir dan bertahmid mendengar kata-kata dia yang ibarat sengaja nak kasi aku masuk ke hospital mental.
Kalau tak ingat kat mana ni, dah lama kut aku gelak kuat-kuat.
“Hari tu aku datang beraya aje. Bukan datang nak meminang kau. Agaklah aku ni perempuan.”
Dia menggaru dagu dengan satu jari aje.
“Boleh aku duduk?” Dia tanya sambil tarik kerusi meja makan kat sebelah kami.
Aku pun apalagi join sekaki. Biar hari ni bongkar semuanya. Jangan nanti ada salah faham yang boleh buat aku menyesal seumur hidup. Dibuatnya dia datang esok bawa cincin sebab dia ingat aku suka kat dia, tak ke naya… Ibu kat rumah tu melonjak-lonjak sangat nak terima menantu baru. Dia cop aku ni andartu ye tuan-tuan dan puan-puan… Ibu takut tak ada orang nakkan aku!
“Kau ada boyfriend?”
“Ada!” Laju pula mulut ni menjawab.
“Kau ada calon suami?”
“Tentulah ada…”
“Ibu kau kata hari tu, kau single lagi?”
“Ibu aku tak tahu apalah. Takkan semua benda kena kasi tahu kat ibu. Kau macam tu ek dengan  ibu kau?”
“Mak aku? Dia tahu aku tak ada girlfriend sebab dah lama berjanji dengan sorang ni ha.”
“Hah? Kenapa tak kahwin aje dengan orang tu? Kenapa cari aku?” Aku terkebil-kebil dengan muka tak habis bikin.
“Sebab aku suka kau la aku cari kau…”
Aku diam lima saat. Lepas tu gelak sebiji-sebiji. Lepas tu pusing mata ke atas dan gelak sambil pukul meja makan.
“15 minit kut jumpa takkan dah suka?” Aku tanya bila dah habis ketawa.
Tak boleh nak bayangkan ada orang jatuh cinta kat aku dalam masa 15 minit aje. Sayangnya orang tu bukan si Amin. Kalau Amin yang sweet tu datang,  kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Ececeh.
“Kau tak suka aku ek?”
“Bukan tak suka..”
“Jadi kau sukalah ni?”
“Eh, jangan main tembak aje boleh tak?” Aku jegilkan mata. Air milo tadi aku sedut sampai tinggal separuh. Kering pula tekak bercakap dengan orang yang kurang faham dengan bahasa mental aku ni. Bukan tak suka tapi tak sudi!
“Sebab aku tak handsome?”
“Tak ada kaitanlah…” Aku pura-pura menafikan padahal takut dia terasa hati pula. Tak baik tau kita kecilkan hati orang lain, dia pun manusia biasa macam kita juga. Kutuk dalam hati tu antara kita dengan Tuhan aje, kutuk terang-terang dapat dosa sakitkan hati, limpa, perut dan perasaan orang lain.
“Aku tak kacak macam Amin tu kan? Hari tu mata kau pandang dia macam nak tersampuk bunian aje. Mujur tak keluar petir… Perempuan ni sam. Yang kacak, reti bergaya, harta banyak, tu la yang dikejar-kejar.”
Muka dia macam tension je…
“Tu la, kalau kau dah tahu macam tu ada baiknya kau potong janggut, potong misai dan potong rambut.. Sembur minyak wangi dan pakai baju elok-elok. Taklah perempuan lari bila kau nak dekat. Aku ingat kau penyangak kalau tak tahu awal-awal anak Mak Cik Naila kerja kat Petronas.”
Panjang lebar ceramah tak berbayar aku ni untuk dia. Harap meresap jauh ke dalam dada. Mana tahu kut-kut dia terbuka mata dan minda ubah sikit penampilan tu. Sebab aku rasa kalau potong sana sini situ sikit-sikit boleh tahan juga mamat ni nanti.
Syafiqi senyum sinis. “Jangan jadi munafik, Mun.”
Aku kerutkan dahi bila dia sindir begitu. “Siapa yang munafik?”
“Kaulah. Dulu kau janji tak kisahlah aku ni macam mana, kau akan kahwin dengan aku juga bila dah tiba masa. Menipu tu kira dosa besar. Munafik bila kita mungkir janji…”
Aku dengar tak dengar aje kata-kata dia ni. “Tak berapa nak fahamlah.” Tengok muka dia yang tengah marah tu buat aku jadi pening kepala. Sejak bila pula kami ada berjanji nak kahwin? Sejak kapan pula aku jadi munafik?
“Fikirlah patut ke tak kau reject aku dengan cara terhormat ni sebab aku tak macam lelaki yang kau harapkan. Kata ada boyfriend la, calon suamila. Yalah dengan muka aku ni… Baju aku \ ni. Dari tadi kau pandang aku macam nak lari.”
Aku terbatuk kecil.
“Tolak penampilan, apa lagi yang tak kena dengan aku? Cuba cakap.”
“Err…” Aku terkulat-kulat tak tahu nak balas apa. Rasa bersalah pula kat Syafiqi bila dia dapat tangkap permainan otakku tadi.
Tapi kalau difikir dalam-dalam, selain dari penampilan aku tak nampak lagi kelemahan lain-lain dari dirinya.
“Tu la aku dah cakap, bila ada masa nak keluar dating ni?” Dia macam tahu-tahu aje apa yang terbetik dalam hatiku.
“Dating dengan aku?” Patut ke aku keluar dating dengan mamat ni? Selamat ke aku nanti? Dibuatnya dia jual aku ke Thailand ke…
“Kalau tak nak dating tak apa. Skip terus merisik dan meminang okey juga. Aku tak sabar kahwin ni.” Dia tepuk tangan dia dan gosok-gosok dengan laju.
Seriau sangat sampai tak keluar suara kat tekak aku.
“Nanti balik jangan lupa tanya ibu kau, ada tak gambar kau dengan Syafiqi masa kecik-kecik dulu. Jangan tak tanya pula.” Dia pesan dan tolak kerusi dengan kuat. Aku tergamam kat situ sampailah dia dah hilang dari pandangan.
Insaf tak Mun dengar ceramah free dia pula?
Dalam hati dah mengangguk. Tapi aku still tak boleh nak bayangkan kahwin dengan Syafiqi sampai bila-bila! Bukan sebab dia tak hensem tapi aku tak tahu hati dan budi dia.
Dia ajak dating untuk kenal-kenal kut Mun…. Sebelah hati dah menghasut lagi.

Ah, dating pun aku tak boleh nak bayang. Titik. 

0 Komen untuk Cik Rin: