BAB 9
BERSUNGGUH-SUNGGUH aku mengait baju sejuk sampai Mun pun dah mula
buat muka hairan melihat diriku yang kelihatan agak tertekan. Dia hidang sejag
air soya lepas tu mengambil telefon dia. Tak payah tanya pun aku dah tahu yang
Mun akan mesej kepada Rina dan Nur yang aku tengah tercongok kat rumah dia
tiba-tiba tanpa diundang.
“Kau ada masalah ke Rian?”
“Tak.”
“Kalau tak ada masalah jarang kau tiba-tiba
datang macam ni.”
“Siapa cakap? Rina ke Nur?” Soalanku bersambut
dengan sengihan panjang Mun.
“Nur..”
Aku mengambil gelas berisi soya sejuk di atas
meja yang baru dihidangkan oleh Mun tadi.
“Let me help you. Cerita je masalah kau
nanti aku jadi pakar kaunseling. Kau bukan tak tahu yang aku ni bab-bab
menasihat terror.”
Aku mencebik kecil. Cakap je menasihat tapi
satu nasihat dia tak boleh pakai.
“Ma asyik kata Adif tu bagus.”
“Jadi apa masalahnya?”
Aku menggaru ubun-ubun, sedikit resah untuk
meluahkan perasaan kepada Mun sebab sebelum ni kalau ada apa-apa pun aku lebih
selesa menyimpan perasaan sendiri.
“Kau memang nampak normal tapi sejak ada Adif
kau nampak agak kurang normallah Rian..” lepas dia cakap macam tu dia gelak
berdekah-dekah.
“Kau janganlah cakap macam tu.”
“Kau tak pasti hati sendiri ke Rian? First time
jumpa lelaki idaman ke apa? Tu lah dari dulu lagi aku suruh kau bercinta biar
merasa pengalaman tu kau tak nak. Bila dah macam ni baru menggelabah cicak.”
“Mun, bercinta tu haramlah.”
“Yelah-yelah tu aje alasan kau, kan? Tapi maksud
aku bukan bercinta sayang-sayang macam tu. Cuba dari dulu kau berkawan juga
dengan lelaki, kenal hati budi dia orang, cara nak handle dia orang. Ni kau
pening kepala fikir berat-berat bukan si dia tahupun.”
Dalam hati mengiakan fakta Mun yang boleh
dikira bernas. Kalau aku berkawan dan faham perangai lelaki taklah aku
menggelabah macam ni.
“Kau rileks je Rian. Kan ke kahwin pilihan
keluarga mesti dia baik punya. Aku dengar dari Khai hari tu muka dia macam
Cina. Mata sepet, kira bajet playboy. Betul ke?”
“Erk. Si Khai cakap?”
“Yelah nak harap kau yang beritahu tunggu
kucing kat kampung aku bertanduklah gamaknya.”
“Playboy Khai cakap?” keningku sudah bertaut
rapat. Mun tersengih lebar.
“Kalau Khai cakap aku percaya sebab Khai ni
pasal lelaki dia lebih precise. Dia kan agak lembut sikit.”
Aku menghabiskan air soya dengan sekali tuang
je. Mun setia memerhati gerak-geriku.
“Betul ke dia playboy Rian?”
“Mana aku tahu…”
“Aku ingat betul sebab kau minum air tu sekali
teguk aje macam orang tengah makan hati.”
“Aku tak pernah nampak perempuan lain dengan
dia. Tapi tak tahulah kalau betul cakap Khai tu. Dia agak sinis orangnya.” Aku
membuat spekulasi terhadap Ahmad Adif. Terbayang-bayang smirk smile Adif yang
telah membuat hatiku terbakar hari tu.
“Oh…” terlongo aje mulut Mun bila aku cakap
macam tu.
“Langsung tak romantik macam husband kau. Kaku
plus kayu…”
“Kira baiklah tu. Sekarang ni banyak lelaki
pandai jual minyak wangi tau. Konon born with the talent lah walhal
perangai tu memang tak boleh blah.”
Aku tersengih kecil. “Kau mengutuk husband kau
ke?”
Mun memicingkan anak matanya sambil
menyeringai. “Aku tak kutuk okey. Aku takut je dia perturunkan romantik dia tu
pada perempuan lain. Eloklah dapat suami seperti Adif tu…”
Mun bercakap macamlah dia yang menghadap muka
Adif. Kalau dia tengok perangai si Adif memang dialah yang awal lari pecut
sebab setahu aku Mun ni pun jenis yang berangin dengan lelaki jenis cool.
Katanya perasan macho perasan bagus. Ha dah betullah tu. Si Adif bajet perasan
bagus!
“Dia cakap dia cintakan aku tapi aku rasa macam
dia tipu.”
Ternaik kening Mun mendengar kata-kataku. “Gila
cepat?”
Cepat ke? Dah berbulan-bulan pun tapi bila
dikira-kira berapa kali aje aku pernah ketemu dengan dia memang kira cepat
sangat. Hatiku berdetak tak keruan. Jadi maknanya Adif menipu aku ke? Tapi kenapa?
“Cepatkan? Kau rasa dia serius ke?”
“Entah-entah dia desperate macam kau tak
nak kahwin awal tak da calon?”
Laju je tanganku mencapai bantal sofa dan
melemparkannya ke muka Mun. Ayat nak minta kena sumpah-seranah betullah si Mun
ni.
“Aku gurau je jangan marahlah. Aku rasa dia
suka kat kau juga sebab orang gila aje akan meluahkan kata-kata cinta pada
orang yang dia tak cinta. Bawa bertenang ye Cik Rian Aulia…”
Aku tarik muka masam. Benang mengait aku
letakkan di atas meja sambil menghela nafas dalam. Bukan aku tak tahu Mun suka
je cakap main aci redah jadi tak ada sebab untuk aku berkecil hati.
“Aku marah kat dia hari tu. Dia cakap aku suka
kat dia, lepas tu dia kata kalau dia tahu aku suka kat dia baik dia tak payah
susah-payah nak cari aku..”
“Kau marah kat dia?” Mun menongkat dagu.
“Ye.”
“Biar betul kau marah budak Cina tu?”
“Dia tak Cina lah. Mata dia sepet tak bawa
maksud dia Cina okey?”
“Are you crazy Rian? Sebab apa kau marah
dia?” Hampir terpekik Mun bertanya. Aku memejamkan mata kerana terkejut
mendengat jeritan Mun yang tiba-tiba. Dah 2 kali aku cakap yang aku marahkan si
Adif tu tak pula dia jerit sampai macam ni sekali. Sudahlah Mun duduk hampir
lima inci aje jauh makanya telinga aku kena di service malam ni supaya tak terus hilang deria.
“Sebab dia kata yang aku suka dia..”
Ternaik kening Mun. “Pasal tu kau mengamuk?
Bukan kenyataan ke? Dia tak buta menilai oranglah Rian. Sesiapapun boleh nampak
kau nak si budak Cina tu jadi pakwe.”
Aku jegilkan mata tak menyangka itu yang keluar
dari mulut si Mun ni. Nasib baik aku dengan dia aje yang ada kat sini kalau tak
habis saham Rian Aulia jatuh berderai. Buat malu aje!
“Aku tak suka dialah!” Ucapku dengan wajah yang
sudah berona merah. Kalau boleh aku nak cili-cilikan mulut si Mun ni sebab main
aci redah bila bercakap.
“Eh, orang buta pun tak percayalah kalau kau
cakap macam tu.”
Aku memicingkan anak mata memandang ke muka Mun
yang bersahaja itu. Nak kena jugak minah ni karang! Dari tadi asyik ungkit
kisah orang buta aje..
“Okey aku tak suka dia, tapi aku tak benci dia.
Normal macam perasaan kawan kepada kawan. Kau faham tak?” Aku menekankan suara.
Harap-harap je otak Mun yang agak lembab ni meresap maklumat dengan baik
sekali.
“Kau malu ke Rian? When you fall in love you
should not be ashamed with your feeling. Benda tu normal semua orang normal
akan merasa. Yang tidak normal pun akan merasa tau? You are being
complicated when it comes to mamat Cina tu!”
“Dia bukan Cina berapa kali aku nak ulang? Lagi
satu, aku tak ada perasaan pun kat dia. Titik!”
“Rian kau dengar dulu jangan tutup telinga tu!”
Mun menarik tanganku kasar bila aku menekup kedua-dua telingaku dengan tapak
tangan.
“Kau dengan dia single, tak salah kalau
jatuh cinta sekalipun. Jangan terlampau fikir benda-benda yang complicated.
Follow the flows ikut aje apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kau
fikir banyak pun tak guna tau tak? Bukan dapat selesaikan masalah pun. Aku
faham kau ni macam mana Rian, bila dengan orang lain normal aje tapi bila
dengan lelaki yang kau suka mulalah fikiran tu merapu-rapu entah kemana. Pakwe
kau tu normal juga jadi tak payah kau terfikir lebih-lebih yang dia tak suka
kau lah, dia berpura-puralah, dia main-mainkan kaulah. Umur dia dah berapa
kalau nak jadikan kau bahan mainan. Baik dia kahwin je terus daripada try test
market.”
Aku tergamam mendengar kata-kata Mun.
“Umur kau pun dah meningkat. Let Adif love you.
Jangan takut sangat dengan cinta ye cik adik. Positif sikit boleh tak? Tak
pernah betul aku jumpa orang macam kau ni, unik gila.”
Dalam-dalam dia mengata aku dia masih lagi menyatakan
aku unik.
“Kau rasa aku patut terima Adif ke?”
“Absolutely…”
Aku menyandar lemah di atas sofa. “Kenapa?”
“Sebab kau suka dia Rian.”
“Tapi aku tak happy pun bila dengan dia. Asyik
firm aje. Asyik nervous memanjang. Asyik rasa awkward dan down sebab dia
outstanding sangat.”
“Kau yang terlebih fikir, kalau kau positif
mesti kau dah kahwin dengan dia. Aku dengan husband aku dulu tak sampai 3 bulan
kenal dah kahwin!”
Aku telan air liur sebiji-sebiji. Mula mencerna
kata-kata Mun ke dalam memori. Betul juga kalau aku lebih positif sikit tak adalah
aku rasa pahit sangat bila bersama dengan Adif, tak adalah aku rasa inferior
dan segan pada dia. Dengan Khai, dengan Abang Afeeq, akulah ketua segala
gangster tapi bila berhadapan dengan Adif aku jadi tak tentu rasa. Kenapa
dengan aku ni? Tak dinafikan yang aku ada perasaan pada Adif tapi takkan lah
itu menyebabkan aku jadi serba tak kena berhadapan dengan dia?
“Dia lamar aku haritu…”
Mun membulatkan mata. “Serius?”
“Serius.”
“Bila?”
“Aku tak tahu…”
Tiba-tiba Mun mengangkat telefon bimbitnya ke
muka. “Kau dengar tak Rina? Nur? Ada orang yang dah kena pinang!!”
Sesaat aku blurr.
Tapi bila Mun tunjukkan kepada aku skrin
telefonnya terus aku jatuh rahang. Dia buat video call selama-lama aku meluahkan
perasaan?
“Kau...!”
“Jangan marah Rian. Dia orang pun nak dengar..”
terang Mun tersengih panjang. Aku rasa macam nak terjun bangunan sekarang ni
juga. Punyalah otak Mun ni licik sejak husband dia belikan telefon canggih.
“Usaha Rian. Jangan nervous-nervous, aku
sayang kau tau? Bila kau dah jumpa mr. Right ni aku pula yang rasa ketinggalan.”
Ucap Rina sambil tersengih-sengih di skrin telefon bimbit Mun. Aku membatu
tanpa kata.
“Jangan marah kita orang Rian. Aku sayang kau
sebab tu aku nak dengar sendiri dari mulut kau. Adif okey apa sesuai sangat
dengan kau…” sambung Nur.
Aku letakkan tangan di atas dahi tidak mahu
memandang skrin telefon bimbit yang disuakan oleh Mun.
“Nanti kalau si Adif tu main-mainkan kau aku
dengan Rina dan Mun gerenti tendang-tendang si Adif tu. Jangan risau punyalah!”
Ucap Nur penuh semangat. Aku menala mata ke arah telefon bimbit yang ada di
tangan Mun.
“Kau orang janji tahu? Kalau dia sakitkan hati
aku, tolong aku kasi dia penampar seorang satu…”
Mun tersengih nakal. “Masa tu gerenti kau tak
kasi kita orang sentuh Adif pun. Sayang punya pasal…” pecah tawa mereka
bertiga. Aku yang dah bengang bertambah bengang jadinya.
“RIAN!”
Aku yang tengah mencuci dan memotong kobis
sedikit terkejut apabila Mun menjerit seperti dirasuk jin.
“Rian!”
“Ye aku kat sini…”
“Rian ma kau telefon!”
“Bak sini aku jawab.”
Tak sampai 30 saat Mun sudah berdiri di
hadapanku sambil menyuakan telefon bimbit.
“Ma kau cakap ada hal penting.”
Aku jenguk telefon bimbit tu dah pun berjawab. Cepat-cepat
aku mengambil telefon bimbit itu lalu meletakkan ditelinga.
“Hello ma…”
Mun tercegat memerhati diriku lama.
“Hello Rian! Kenapa tak beritahu ma?”
Aku mengerut kening kehairanan. “Beritahu apa?”
“Pasal Adif!”
Makin berkerut dahiku apabila mama menyebut
nama Adif tiba-tiba.
“Ma Rian duduk rumah Mun sehari ni mana ada
berjumpa dengan Adif pun?”
“Balik sekarang, Rian! Trouble maker betul
budak ni…”
“Lah tiba-tiba gelar orang trouble maker
kenapa? Rian tak buat salah apa-apa pun kan? Ma Rian tengah masak ni nanti
petang Rian balik ya..” pujukku lembut.
“Rian, ma suruh balik sekarang ni bukan petang
nanti. Family Adif datang merisik kenapa tak beritahu ma?”
“Apa?”
“Family Adif datang melamar Rian kenapa tak
beritahu ma dan ayah? Kita tak ada persiapan pun Rian sengaja nak kasi ma sakit
jantung macam ayah ke?” Perli ma kepadaku. Aku ternganga tanpa kata.
“Rian, balik cepat sekarang ni juga!”
“Apa ma cakap?”
“Ya Allah budak ni… Rian, ma kata balik
sekarang ni juga. Keluarga Adif tengah menunggu Rian kat rumah kita!”
“Ma bergurau ke?” Aku sudah mula keliru. Baru
aje hari Jumaat minggu lepas Adif kata hendak melamar aku dan takkan dua hari
terus ‘minggu depan’ padanya? Kenapa tak maklumkan pada aku dahulu? Paling
tidak pun mesej ke sekurang-kurangnya?
“Buat apa ma bergurau Rian? Balik cepat
sekarang.”
Aku kebingungan. Tidak pasti reaksi bagaimana
harus aku tunjukkan sekarang ni. “Rian tak boleh, ma..”
“Kenapa tak boleh?” Meninggi suara ma apabila
aje aku menyudahkan ayat. Terpaku aku di sisi dapur menahan diri daripada jatuh
terduduk.
“Rian setuju ke lamaran Adif?”
“Ha?”
“Rian setuju tak? Dia orang ada kat rumah ni
menunggu jawapan Rian. Rian sudah berpunya atau belum?”
Ma tanya aku seperti tidak pernah mengenaliku.
Aku menahan nafas. Bercelaru kepala otak tidak tahu jawapan apa yang terbaik
bagi menjawab soalan ma itu.
“Rian ma kau cakap apa?” Bisikan Mun
mengejutkan aku dari lamunan pendek. Aku memandang wajah Mun dengan mata yang
berkaca.
“Dia lamar aku…”
“Siapa?” Ternaik kening Mun.
“Adif melamar aku. Dia hantar family dia
merisik…” tak sempat aku menyambung ayat ma sudah menyampuk.
“Rian, bagi ma bercakap dengan Mun sekarang ni.
Now!” Tegas suara ma. Aku yang kebuntuan terus menyerahkan telefon ke
tangan Mun.
“Ya auntie. Ha dia tengah blurr sangat ni… Oh
ye ke? Auntie terima ke tak? Nanti Mun bawa dia balik ke rumah. Ya ya..
Waalaikumsalam…”
Wajah Mun berubah-ubah sepanjang bercakap
dengan ma. Aku tak tahu nak buat apa sekadar merenung kosong ke meja makan yang
jauh dari kami.
“Kau tak tahu dia masuk merisik ke Rian?”
Aku menggelengkan kepala antara sedar dan
tidak.
“Dah-dah jom cepat siap kita pergi sekarang ni.”
Melihat aku yang masih tercegat kaku Mun terus
menarik tanganku.
“Kentang gila Adif masuk merisik tak beritahu
awal-awal. Dah Rian, bangun-bangun jangan buat muka macam tu.”
Tapi aku masih lagi terpinga-pinga. Otak masih sedaya-upaya menghadam kata-kata
mama tadi. Dan apabila aje terbayang muka Adif dengan smirk smile dia tu, aku
jadi tidak tentu rasa semula.
MELIHAT wajah tenang Adif membuat aku pening kepala.
Biar betul dia ni? Dah fikir masak-masak ke sebelum masuk merisik tadi?
“Tanyalah kalau nak bertanya. Jangan pandang
saya macam tu.”
Aku telan air liur. Kelat. Malu apabila
tertangkap merenung wajahnya lama.
“Kenapa tak beritahu nak merisik?”
“Awak tak suka?”
Aku mengeluh kecil. Dia selalu macam ni. Apa
yang aku tanya dia jawab dengan soalan yang berbeza. Susah sangat ke nak jawab
soalan aku ni?
“Kenapa tak beritahu nak merisik?” Soalku masih
lagi berdegil. Adif menyandar tenang merenung air kolam di hadapan rumah.
Keluarga dia pun dah balik tinggal dia aje yang buat permintaan untuk berbincang
denganku sebentar.
“Awak dah tahu saya akan datang, Rian. Saya pun
dah beritahu awak saya akan datang merisik.”
“Awak bercakap masa saya tengah marah. Saya tak
dapat nak hadam ayat-ayat awak tu dan tiba-tiba tak mesej tak call datang ke
rumah saya merisik? Awak gila ke?”
Walaupun aku sedar kata-kataku sedikit berkasar
tetapi Adif masih lagi kelihatan tenang.
“Adif, awak dengar tak saya cakap ni?” Tanyaku
menekankan suara. Marah apabila dia tidak mengambil serius dengan kata-kataku.
“Awak tak suka saya masuk merisik?”
Aku memicingkan anak mata melawan panahan
matanya. “Awak ingat saya suka?”
Adif tersenyum kecil.
“Awak dah mirip seperti saya, Rian.”
Aku memandang dia dengan wajah yang penuh tanda
tanya. “Maksud awak?”
“Soalan dijawab dengan soalan.”
Baguslah kalau aku dah mirip macam dia. Taklah
sakit hati bila bercakap dengan encik peguam ni lepas ni.
“Awak ingat awak seorang je yang pandai reverse
psikologi?”
“Rian, saya minta maaf atas apa yang terjadi
hari tu. Saya tahu awak masih marah pada saya. Tak boleh ke awak maafkan saya?”
“Awak dah buat saya marah lagi, Adif.”
Suasana jadi sepi. Entah sejak bila aku jadi
seberani ini. Tapi tidak berbaloi rasanya jika aku terlalu mengikut dan
mengiakan kata-kata Adif. Dia bukan menghargai pun, malah bersikap lebih sinis
dan misteri. Dia ingat orang perempuan suka ke buat perangai macam tu? Aku
tercebik kecil tanpa sedar.
“Saya maknakan kata-kata saya bila saya cakap
saya sayangkan awak dan nak buat awak jadi isteri. Saya harap awak tak rasa
terpaksa menerima saya tadi.”
“Dan minggu depan pertunangan awak tak rasa
cepat sangat ke?” Soalku merendahkan suara. Keningku bertaut rapat cuba untuk
membuat dia faham apa yang aku rasa.
“Saya nak awak tahu sesuatu.”
Aku diam menunggu kata-kata seterusnya dari
Adif. Dia tiba-tiba berdiri dengan memasukkan tangannya di poket seluar. Aku
mengikut langkahnya dengan ekor mata sehingga dia benar-benar berada berdiri
dihadapan diriku.
“Saya silap menilai awak selama ni. Saya fikir
awak tak sensitif. Saya fikir awak tak kisah. Saya minta maaf sebab pernah
berkasar dengan awak. Sekurang-kurangnya saya belajar fitrah wanita daripada
awak.”
Aku membulatkan mata bila dia cakap macam tu.
Macam yang negatif-negatif aje yang dia dapat dari aku?
“Saya tak pernah rapat dengan perempuan lain,
itu kenyataan. Saya tak faham wanita dan tak pernah hendak memahami wanita.
Awak lain, Rian. Awak perempuan pertama yang saya dekati. Betul ayah awak yang
nak saya berkenalan dengan awak tapi bila saya mengenali awak, tiba-tiba aje
saya rasa cinta itu ada…”
Saya rasa cinta itu ada… bergema suara itu
disetiap deriaku. Aku terpana!
“Saya harap sangat awak menerima saya, Rian.
Saya sudah jatuh cinta.”
Sekali lagi aku terpana mendengar kata-katanya.
Terasa bumiku terbelah menjadi dua. Jiwaku melayang-layang tidak terkejar.
“Perasaan awak sementara aje.” Ucapku dalam
nada yang bergetar. Adif duduk melutut sebelah kaki di hadapanku. Sebelah tangannya
memegang tangan kerusi yang aku duduki. Lambat-lambat dia menggeleng sambil
merenung mataku dengan pandangan yang amat redup sehingga mampu menggetarkan
seluruh jiwaku.
“Saya kenal diri saya, Rian. I am a man of
my word..” Ucapnya penuh dengan keyakinan.
“Saya bukan tak percaya awak tapi…” ayat-ayatku
termati bila terlihat pancaran di mata Adif. Dia benar-benar membuat aku terpaku.
Dia sangat mempesonakan lebih-lebih lagi apabila dia terasa sangat hampir
denganku.
“Terima kasih kerana sudi menerima saya. Awak
takkan tahu apa yang saya rasa, Rian.. You have no idea.”
Dia terus berdiri dan berlalu pergi.
Meninggalkan diriku biarpun aku masih lagi keliru dengan tindak-tanduknya. Dia
memang player kan? Patut ke aku percaya dengan kata-katanya. Teringat kata-kata
Mun tadi membuatkan aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Don’t think
complicated. Things will never change now. Jangan fikir melulu
kerana aku belum mengenali Adif sepenuhnya. Aku memujuk hatiku berkali-kali supaya tidak
berfikiran negatif buat masa ni.
“Dah habis bincang dengan dia?”
Tiba-tiba ayah menyapa. Memegang bahu kiriku
lembut.
“Ah? Eh…” Aku terperanjat. Ayah sekadar
tersenyum melihat aku yang menggelabah atas kehadirannya.
“Rian suka dia?”
“Ayah suka ke?”
Ayah tergelak sambil mengambil tempat duduk di
hadapanku, tempat Adif duduk tadi.
“Ayah memang suka dia, Rian tak usah risau.
Dari awal lagi ayah suka dia.”
“Ayah rasa dia dapat bahagiakan Rian ke?”
Ayah memandang wajahku redup. Terpancar rasa
kasihnya kepadaku. “Hidup ni perjudian, Rian. Kita tak boleh jadi penakut
bersembunyi dari kenyataan. We have to move on, whatever happens you
need to move on. Rian pun tahu dalam bisnes kita kena take risk for anything
kan?”
“Tak kira benda tu mungkin memberi impak seumur
hidup kita?” Soalku merenung wajah ayah dalam.
“Tak kira benda tu mungkin memberi impak seumur
hidup kita.” Ayah ulang kata-kataku dengan senyuman yang lebar di pipi. Wajah tua
itu kelihatan senang hari ini. Kalau ayah gembira dengan keputusanku tadi, akupun
kena gembira juga. Senyuman ku sedikit demi sedikit terukir di bibir. Betul Mun
cakap, betul ayah cakap. Nak hidup kena ambil risiko. Dan perjudiannya adalah
Ahmad Adif, semoga dia menghargai diriku dikemudian hari. Rian tak akan jadi
penakut lagi ayah. Rian janji.
2 Komen untuk Cik Rin:
Good Luck!!! #^_^
Bersungguh btul si adif tu nk kan rian..
Post a Comment