Sekolah. Tapi lah dasar Aminul Khusyairi jenis tak
berhati perut, pukul 6.30 dah bunyikan hon. Dia tengah pakai baju masa tu
terkocoh-kocoh pecut ke bawah sehingga terlupa nak bawa dompet. Tak pe, kang
dia cekau duit Aminul buat belanja makan rehat. Macam tak biasa…
“Awalnya May turun sekolah?” soal Sara campak beg
sekolah ke dalam tempat duduk belakang sambil terus badannya pun dicampak ke
kereta Aminul.
May toleh ke belakang, tersengih sekejap melihat
kekalutan Sara merangkap senior sekolah dan jiran rumahnya.
“Tak lah. Ni abang ni yang tiba-tiba nak awal
sangat turun… Nak jumpa awek lah tu…” May mengusik. Aminul buat muka batu terus
drive keluar kawasan perumahan.
“Abang May ada awek ke? Dia tu hati keras, kalah
robot cop. Manaaa awek nak kan dia kecuali akak ni…” gelak pecah. May pun ikut
sama. Pandailah Sara nak kelentong May konon nakkan abangnya itu… Bukan Sara ke
yang suruh May hantar surat cinta kepada Farid Dayyan, budak kelas 4K padahal
Sara tu lagi tua nak masuk STPM hujung tahun ni…
“Eh, hari tu Dayyan kirim salam comel kat akak
tau…” May dah mula dah… Mata Sara hampir nak terjegil keluar.
“Seriously?! Oh mama mia, pengsan kejap!”
Sara letak kepala di atas sofa sambil tersenyum panjang biarpun mata rapat
tertutup.
“Tak malu ke suka dengan budak lagi muda?”
tiba-tiba ayat laser Aminul keluar dari mulut.
“Dengki lah kau… Daripada kau kan, hati batu takde
perasaan.” Terus Sara tegakkan kepala. Geram sangat sebab tak habis-habis
Aminul perli dia sejak dia minat pada Dayyan tu.
Aminul diam aje. Malas nak bergaduh dengan si
Sara, sampai bila-bila pun tak habis. Dia sendiri pun naik hairan macam mana si
Sara ni boleh tangkap cintan dengan budak hingusan seperti Farid Dayyan tu.
Kereta di parking di hujung petak tempat letak
kereta.
“Beg aku…” Aminul toleh ke belakang sambil hulur
tangan menanti Sara beri beg sandang yang tergeletak di sebelah Sara. Sara kasi
juga biarpun pada mulanya terasa kerek malas nak beri kepada Aminul. May yang
melihat tersengih cuma.
Sebelum berpisah, Sara tarik tangan May. “Kirim
salam cute kat Dayyan k? Cakap pada dia, belajar betul-betul jangan
gagal periksa…”
Memang cute pun Dayyan. Muka ala-ala baby
face, innocent giler kalau tersenyum nampak ceria aje. Seronok Sara
kalau dapat tengok muka Dayyan… Tak macam Aminul, muka beku.
May mengangguk-angguk kecil. “Bye Kak Sara…”
May lambai tangan sebelum berpisah di satu block
kelas. Sara toleh ke arah Aminul yang sudah melangkah jauh.
“Kau tak reti bersabar tunggu aku ke?” Sara kejar
Aminul. Aminul angkat bahu.
“Dah kau banyak sangat pesan kat May…”
“Tu pun nak jeles?”
“Takde masa aku nak jeles… Kartun lah kau…” Aminul
membelok di lorong kecil, jalan pintas menuju ke kelas tingkatan 6A.
“Petang ni join ke rumah aku lagi…” Sara sengih
lebar. Aminul toleh.
“Apa?”
“Aku masak kari lagi…”
Hampir Aminul terlanggar dinding.
“Seriuslah. Aku tak nak makan lagi dah kari kau…”
Selamba Aminul cakap. Sara terus tolak bahu Aminul. Kurang ajar gila dia ni…
“Aku nak belajar masaklah… Sampai hati kau tak nak
tolong.” Sara buat-buat merajuk. Kelas 6A sudah ada di depan mata.
“Kenapa beria sangat kau nak belajar masak?” soal
Aminul, kening bertaut. Double-jerk.
“Aku nak jadi isteri yang solehah…” makin panjang
sengih Sara.
“Hah?”
Isteri apa pula dah ni? Belajar pun tak habis?
“Aku nak masak untuk Dayyan…” Sara ketawa kecil.
Terasa geli-geli dengan pernyataan sendiri walaupun dalam hati dah terjatuh
musim bunga sakura. Kalau betullah Dayyan nakkan dia kan?
“Minul?” seru Sara toleh ke belakang. Apa kena
mamat ni tiba-tiba berhenti melangkah?
Tak sampai seminit Aminul kembali melangkah semula
melepasi Sara. “Kau masak, kau makan.” Aminul terus masuk ke dalam kelas 6A.
Beg diletak di atas kerusi dan terus duduk tanpa cakap apa-apa. Sara herotkan
bibir.
Memanglah Aminul Khusairy, hati batu!
3 Komen untuk Cik Rin:
Kau masak, kau makan.
Hehe, memang betullah.
Kau sakit, ada aku kisah? Rasanya Khusyairi akan kisah..heheh
auwww......dy majuk daa.haha..kes cinta bertepuk sebelah tgn n ego ke ni?haha
shafriza- hehehe... mcm best je ayat awak... kau sakit , ada aku kisah? rasanya khusairy memang akan kisah :3
anonymous- kekeke, tatau. cinta budak2 memang begitu kenn?
Post a Comment