CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 4, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 6


BAB 6

PINTU diketuk dari luar. Syakirul Hafiz hela nafas panjang. Sudah dimaklumkan oleh setiausahanya yang Tengku Arshad datang ke bilik pejabatnya.

Tak sampai lima saat, pintu bilik pejabatnya terbuka. Syakirul Hafiz tersenyum lebar menyambut kedatangan Tengku Arshad.

“Syak,” sapa Tengku Arshad.

“Duduklah abah…”

How’s life?” bibir Tengku Arshad mengukir senyuman.

Not interesting at all…” Syakirul Hafiz sengih nampak gigi. Hairan juga dia bila abahnya datang semata-mata hendak bertanya tentang kehidupan seorang Syakirul Hafiz.

Tengku Arshad ketawa. Nampak sangat anak bujangnya seorang ini tengah mengalami zaman single yang tak kunjung tamat.

Project at Langkawi… I heard from Hasri. You do your work very well…”

“I love Langkawi.”

“Yelah tu,” sampuk Tengku Arshad diakhiri dengan tawa.

“Pembantu rumah kita yang baru tu okey tak?” soal Tengku Arshad tiba-tiba. Syakirul Hafiz kerut dahi. “Hmmm... abah tanya Syak pasal PR baru?”

Tengku Arshad tak jawab. Dia masih merenung wajah anak muda di depannya itu. Syakirul Hafiz senyum kelat. Kalau abah dah diam macam tu, tandanya abah betul-betul nakkan jawapan dari dirinya.

So far so good. Walaupun agak clumsy. Careless...”

“Dia unik,” sampuk Tengku Arshad.

Syakirul Hafiz terpinga-pinga. Abah ni macam berminat aje dengan PR baru... Ada apa-apa ke yang patut dia tahu?

“Abah minat dia?” soal Syakirul spontan. Pecah tawa Tengku Arshad.

It’s not like that. Your ummi mana abah nak campak?”

“Then?”

“Macam yang abah kata, dia unik...” Tengku Arshad pandang Syakirul lama. Syakirul Hafiz garu kepala yang tidak gatal.

“Lepas ni abah ada meeting. Abah saja singgah sekejap jenguk Syak.”

Tengku Arshad berdiri dari kerusi. “I’m glad you enjoy your life now. Nampak semakin ceria.”

Tengku Arshad melemparkan senyuman penuh makna kepada Syakirul Hafiz sebelum berlalu keluar meninggalkan bilik pejabat Syakirul Hafiz.

Tutup aje pintu bilik pejabatnya, Syakirul sentuh muka sendiri. Semakin ceria? Err.. misteri betullah abah ni. Cakap terang-terang tak boleh ke? Buat suspen aje.


DAH seminggu duduk kerja di rumah besar Tengku Arshad. Overall okeylah... Bila Syuh tanya bagaimana kehidupannya, Minn jawab;

“Awful... Its my hard time I guess... Bagai nak gila aku kena kemas rumah cuci baju tu segala.”

Nak dibandingkan hidup dengan pengemis jalanan kira okeylah. Mana ada awful sangat pun. Tapi benda ni jugak yang buat dia rindu pada rumah, pada family, dan pada Syuhada... Macam tak percaya je dia nak rindu kat Syuhada.

Tiap pagi benda yang sama juga berlaku... Cuci pinggan, sapu rumah, mop lantai, bersihkan cermin, cuci baju, jemur pakaian, makan tengah hari, tolong Kak Nur masak sikit-sikit macam potong bawang contohnya, bersihkan halaman rumah dan cantas apa-apa yang patut... Dah macam Minn Alia version baru. Tapi for sure Minn Alia cepat belajar dan bersabar. Minn Alia punya IQ tinggi doh. Cuma hari pertama dan kedua aje yang spoilkan keadaan. Sampai sekarang pun kalau jumpa Syakirul Hafiz dia tunjuk muka mencuka. Tak tahu kenapa...

Mungkin juga dia malu sebab inilah kali pertama dia tayangkan kebodohan di depan lelaki bujang... Siap buat muka hampir nak menangis di depan Syakirul Hafiz. Uhuk! Malunya... Kalau Syuhada Yasmin tau, mau makcik gelak sampai terjatuh gigi palsu.

“Minn tolong akak asingkan kepala ikan bilis ni dari badan dia ya. Nak buat sambal belacan.” Kak Nur letak semangkuk ikan bilis di depannya. Bulat mata Minn Alia. Makngaih... nak kopak semua sekali ke? Apesal banyak sangat?

“Nanti dah bersihkan, letak dalam peti sejuk...” sambung Kak Nur. Minn angguk. Kak Nur senior, dia junior... Orang gaji junior. Jadi bila dah junior tu, harap maaflah nak menolak permintaan senior.

“Okey Kak Nur...”

Minn mula cabut satu persatu kepala ikan bilis. “Oh ya Min, tolong kejutkan tuan muda... Takut dia terlajak tidur sebab selalunya hujung minggu macam ni Syak tidur balik selepas solat Subuh.”

“Minn ke?” macam tak rela aje nak kejutkan pakwe tu... Seriau!

“Akak tengah masak ni. Kalau Minn nak tunggu kari ayam ni boleh jugak...”

Walaaa! Yang tu lagi allergic. Mau kari ayam jadi kari itik kalau dia yang tunggu. Tak naklah!

“Tengku Arshad tak ada ke kak?”

“Dah keluar. Dia memang busy...”

“Ohhh...”

Minn menapak menuju ke tingkat atas. Sesekali dia digigit rasa cemas sebab selama ni mana pernah dia nak bermesra-mesra dengan tuan muda setelah kejadian dia tumpahkan air kat ruang tamu. Selamba je Syakirul angkat badan dia masa tu. Malu wei kena angkat lelaki. Mungkin pada Syakirul, dia ni perempuan umur 30 tahun yang tidak punya perasaan. Hakikatnya umur Minn Alia baru nak cecah 25 tahun.

Minn ketuk pintu bilik Syakirul Hafiz perlahan. Bila tak ada jawapan, dia main belasah buka. Tapi tak dapat sebab pintu bilik tu kunci. Betullah ‘no entry’ ni. Tak ada sesiapa dibenarkan masuk.

“Encik, Kak Nur suruh bangun!” jerit Minn kuat. Tak lama kemudian pintu bilik Syakirul Hafiz dikuak.

“Kenapa?” soal Syakirul Hafiz selamba. Minn tutup mulut dengan kedua-dua tapak tangan. Mata hampir-hampir nak tersembul keluar. Cepat-cepat dia paling ke arah lain.

“Kak Nur suruh turun!”

Minn Alia terus pecut ke tingkat bawah semula. Sikit lagi jantung dia nak tergugur. Tak boleh ke Syakirul pakai baju dulu sebelum membuka pintu bilik? Seluar bermuda separas lutut dengan badan tidak berbaju, kena mandi bunga malam ni. Takut termimpi-mimpi anak bujang orang masa tidur nanti kang payah pulak.

Tiga puluh minit kemudian Syakirul Hafiz muncul di dapur. Minn Alia buat muka tak tahu dengan kepala tertunduk menatap muka ikan bilis berhati-hati. Konon-konon tak sedar jasad Syakirul Hafiz yang semakin menghampiri dirinya.

“Minah kata akak panggil saya?” suara Syakirul Hafiz memecah kesunyian. Kak Nur sedang membasuh beras menoleh sekilas ke arah Syakirul Hafiz.

“Akak suruh bangunkan, bukan panggilkan...” Kak Nur jeling Minn Alia. Mata Syakirul Hafiz jatuh menatap Minn Alia. Putihnya muka... Ayam tepung celup muncul kembali!

“Masak apa kak?”

“Biasa-biasa aje... Ada kari, daun ubi kayu masak lemak, nanti akak nak masak sotong kicap dan sambal belacan. Tapi bahan basah dah nak habis... Nanti tengah hari akak pergi ke pasar dengan Minn untuk beli lauk seminggu.”

Syakirul Hafiz melirik ke arah Minn Alia. Gadis itu tetap beku seperti tadi.

“Tak apalah kak... Akak stay kat rumah aje, nanti saya dan Minn pergi ke pasar beli barang-barang dapur tu...”

Terangkat kepala Minn Alia. Mata mereka berdua bertentangan. Minn Alia mengepal tangan tanda geram.

“Lagipun saya nak berkenal-kenalan dengan Minah sebab selama ni dia asyik tunjuk muka masam aje kat saya.”

Syakirul Hafiz kenyit mata. Minn Alia terkedu. Berani gila mamat ni mengayat M.A ya? Nanti kau...

“Kak Nur, kaki Minn tengah sakit sekarang ni. Kak Nur dengan tuan muda ajelah yang pergi...” ucap Minn menagis simpati.

“Patutnya yang sakit kaki tu Kak Nur...” Syakirul Hafiz tarik mangkuk yang dipegang oleh Minn. Minn terkejut. Lagi-lagi bila Syakirul Hafiz letak mangkuk tu jauh-jauh dari dia. Kenapa dengan mamat ni?

“Kalau macam tu, akak minta tolong kat Minn lah ya... Nanti akak kasi list nak beli apa.”

Syakirul angkat-angkat kening tanda kemenangan berpihak padanya. Minn Alia julingkan mata.

Syakirul Hafiz tersengih kecil. Wajah Minn Alia dijelingnya dengan ekor mata. Ini SH la. Kau berlagak nak mati bila di depan aku ya? Kau ingat kau tu lawa sangat ke? Boleh blah la!

14 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

ok anda sgt laju..hehe..da mcm RM da ari ni..pecut entry ke ape..hehe..suke3..ad entry lg ke ari ni babe..thanks..

RinsyaRyc

anonymous - act bukan pecut.. cuma idea tersekat-sekat sampailah terasa mcm satu persatu ayat terkeluar x berapa nak smooth. smpai ai sendiri confuse... sbb tu paksa diri tulis cerita even hati dah melayang entah ke mana.

hik3.. eager to study POV 3 kut... selalu guna 'aku'.
n hari ni tak ada kuliah.. jdi bangun awal2 lepas kemas rumah, terus ngadap KRUD... begitulah ceritanya. Kak RM tak hairan la... semua karya dia main pecut. keh3. penulis otai tu...

kak ida

yeay..thanks ada 2 E3 ari ni..mmg best giler citer dia..camana ek..minah pi beli brg dapur tu..akan dia pakai bedak tebal lagi..alahai..akak pulak yg eager nak kasi dia cantik dimata mamat sengal tu..wajib dan teruja nak tahu..apa ek plan minah tu..dia kan nakal and genius..bak dia terjumpa abang dia..terkantoi giler..weyh..hopefully ada lagi E3 ..teruja nak tahu..what happens next..

wida

alaa...mcm pendek je n3 nih...

Anonymous

memang best lha cerita ni...
thumbs up...
cpt sambung lg...

Unknown

Citer ni menarik. jln citer ringan dan hrp sgt takde konflik yg berat2. heee. nk tanya 1 je. Agak2 novel ni dibukukan atau habis dlm blog? heeee XD *maaf kalau cik writer tersinggung*

che`leen

-ikan bilis dibuat sambal belacan? mungkin ada kot...
- daun ubi kayu masak lemak?..biasanya disebut sebagai pucuk ubi masak lemak...
-jalan cerita ..BEST!
- bw MA gi pasar? mesti SH nak menyakat MA tu...kann

Lieynaim mohd noor

makin menarik jalan cerita nie.. heheheh syak dan terpikat ke

fairuz

wah..best2..cepat sambung n3 seterusnya cik writer x sabar nak tau ape yg jadi lepas ni... :)

RinsyaRyc

Kak ida- mesti la dia pakai costume dia tu... =bedak tebal + baju lebih cantik warna mop lantai T. A. hahahaha!
kalau kantoi kat Mirr Adriz, mahu abang dia sekeh 44 kali ...

Wida - pendek je.. 5 ms. huhu

Anonymous- thanks ya... insyaALLAH disambung bila idea dtg.. kekeke


NataShahana - dibukukan tu x tau lagi sbb cik writer x confident...
habis dlm blog tu pun bergantung ikut idea yg dtg ... huhu. tak de la tersinggung... kita suka awak tanya ^^


Che' leen

-ahahahahaha! kantoi arr x reti masak~ tpi yg ikan bilis dibuat smbal belacan tu kitorg orang Sarawak memang buat. Yg ubi tu, hadoiii... rin create nama ikut suka aje. kang rin tukar. THanks bebanyak ye!
-MA kut yg usik SH? hahaha.. x tau lagi...
sngt suka dngan komen awak ^^

Nzlyna'im - thanks kak... Syak hampir nak terpikat dah~ sikit lagi,,,

Fairuz - thanks fairuz.. InsyaALLAH akan disambung ^^

Bellaameera

I like this n3...... Hehheheee

puan yati

ntah hape r yg si SH ni plan nk kenakan MA tu? pasni buat MA lak kena msk utk SH.. kwuang3...


ttp cite yg best la dek!

Bulan @ Moon

hahahaha! comel la citer ni kak rin <3

StunningUmi

Erk?!... kari ayam bole jadi kari itik ke?